Walau Sibuk di set pengambaran tak jadi halangan krew produksi JS Picture tunaikan solat jemaah

Kesibukan kerja tidak sepatutnya dijadikan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, lima waktu yang dituntut bukanlah memakan masa yang banyak sebenarnya.

Justeru itu, apa jua keadaan sekalipun wajib untuk kita memelihara solat kerana, jika tidak dilaksanakan dibimbangi tiada keberkatan dalam setiap rezeki yang kita perolehi.

Satu krew produksi solat jemaah. Satu contoh yang baik, menerusi muat naik IG story pengarah dan penerbit Sheila Rusly memaparkan krew produksi dan para pelakon memberhentikan seketika pengambaran bagi menunaikan solat secara berjemaah.

Jadi Pengarah boleh, jadi Imam boleh… Bukan sahaja kejayaan drama jadi keutamaan, dilihat produksi JS picture amat menitik beratkan soal solat walau sesibuk mana pun pengambaran ketika itu.

Kalau ketua yang bagus mesti anak buah akan ikut, berperanan bukan sahaja sebagai penerbit dan pengarah, Jinggo mengambil peluang untuk mengimamkan solat. Berharap akan ada banyak lagi produksi yang akan menghormati waktu solat sewaktu menjalani penggambaran seperti yang dilakukan oleh JS Picture.

Sumber : Sheil Rusly

‘Jinggo: Mana tahu Sheila Rusly, kru tak solat?’

Jika tidak kena pada gaya, sesuatu persoalan diajukan boleh mengundang fitn4h. Bagi pengarah drama dan suami Sheila Rusly, Jinggo, tidak salah untuk seseorang itu bertanyakan soalan, tetapi wajarlah ia menggunakan penggunaan ayat yang bersesuaian.

Kata Jinggo – atau nama sebenarnya Azman Yahya – ia bertujuan mengelak daripada tercetusnya salah faham dalam kalangan pembaca khususnya pengguna alam siber.

Jinggo membuat kenyataan itu di media sosi4l berhubung soalan Sheila dan krew produksi JS Picture Sdn Bhd tidak menunaikan solat sewaktu penggambaran program Ketuk-Ketuk Ramadan berlangsung yang diajukan di Instagram isterinya.

“Bertanya itu boleh.. tanyalah, tapi kita kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita menanyakan orang. K0men itu boleh tapi kita kena tahu macam mana nak menulis k0men sebab usaha kita nak mengingatkan orang lain tapi k0men kita pulak menf1tnah orang lain… niat nak buat pahala… d0sa pula yang dapat.

“Kalau jurukamera Tok Sidang tahu ni… pasti mereka akan melompat tanya: awak.. mana kautahu aku tak sembahyang?” katanya.

Panggilan Tok Sidang merujuk kepada Jinggo. Ketuk-Ketuk Ramadan sebuah rancangan memasak popular yang sudah lama bersiaran dan mengumpul peminat tersendiri sejak ia diwujudkan.

Ia menjemput artis terkenal sebagai tetamu undangan untuk menunjukkan bakat memasak. Menurut Jinggo sebagai umat Islam, kewajipan menunaikan solat sudah semestinya tidak diabaikan.

“Cara awak menulis sudah menghukum.. kami kerja kejar masa…solat wajib kami cari masa,” katanya. Dalam pada itu, Jinggo turut mempersoalkan sama ada individu yang mempertikaikan kewajiban menunaikan solat itu benar-benar berada di lokasi sama sewaktu mereka sedang mengadakan penggambaran.

“Awak kata azan berkumandang…. mana awak tahu kalau awak tak ada kat situ… awak buat apa kat situ kalau awak tahu azan berkumandang? Kalau salah tulis… salah baca .. awak pun samalah macam jurukamera saya yang awak kata tak sembahyang tu.

“Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca… nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?” katanya.

Sumber malaysiakini via coklatputih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*