Walau Macam Manapun Kahwin Dengan Manusialah Takkan Dengan Jin Pulak Syifa Melvin

Rasanya ramai daripada kita mengalami perkara yang sama. Apabila adik berkahwin lebih awal, setiap kali ada majlis sering ditanya tentang jodoh dan bila nak berkahwin.

Perkara yang sama juga terjadi pada Syifa Melvin apatah lagi esok adiknya bakal mendirikan rumah tangga. Malah menurut Syifa, semenjak sambutan hari jadinya tempoh hari, ramai yang bertanya tentang bila nak kahwin.

“Sejak birthday haritu semua wish semoga bertemu jodoh yg baik, Aamin yg mampu Syifa ucap. Lepas tu bertalu talu tanya soalan bila nak kahwin, bila nak kahwin.

“Mula agak stress dengan soalan macam tu tapi biasa lah itu soalan panas orang akan tanya, yang penat nak menjawabnya aku ni ha.

“Kena pulak Adik langkah bendul Sabtu ni,lagi bertubi tubi soalan tu.. Harap Bertabah lah Syifa Melvin ya.” tulis Syifa di Instagram beliau.

Tulis Syifa lagi, jodoh pertemuan kerja Allah SWT dan bila pun kita merancang untuk berkahwin, Sang Pencipta yg menentukan.

Menurutnya,mengenal hati budi manusia bukan senang kerana bila kita ikhlas memberi sepenuh perasaan dan kasih sayang semudah itu jugak mereka melepaskan kita begitu sahaja tanpa ada sedikit belas kasihan atau simpati.

“Itu lah manusia, walau macam mana pun kena berkahwin dengan manusialah takkan dengan Jin pulak,” seloroh Syifa.

Kapsyen dari Syifa…


“Apa yg syifa impikan dari dulu sehingga sekarang adalah kebahagian dan ketenangan sama ada berkongsi dua benda itu bersama org yang kita sayang ataupun bahagia dengan diri sendiri dengan apa yg kita kecapi.
Menurut Syifa, umur 25 tahun bukan lah satu usia yang mendesaknya untuk mencari pasangan hidup tapi tahun ini adalah tahun untuk bekerja keras membina empayar sendiri supaya terjamin masa depan.
“Usahlah bertanya bila nak kahwin tapi doakan saja Syifa bertemua dengan “Dia” yg ikhlas menerima dan betanggungjawab tak mintak intan berlian cuma inginkan keikhlasan in sha Allah.Bercerita tentang langkah bendul Syifa tidak ada masalah kerana sudah menjadi coretan hidup adiknya dipinang dulu.
“Tak menjadi perkara yg sensitive pun kalau ditanya. Alhamdulillah happy utk dia. Alhamdulillah jodoh tak sampai lagi tapi rezeki lain Allah bagi. In Sha Allah jodoh yg baik ni lambat sampai sebab banyak jalan-jalan yang berliku dia kena lalu,” tulis Syifa.

Rata-rata peminat bersetuju dan mendoakan Syifa bertemu jodoh yang baik.

sumber : astro gempak via Newsviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*