Tun Mahathir Mencalonkan 1 Nama Yang Sesuai Untuk Menjadi Presiden UMNO. Nama Yang Disebut Memang Tiada Siapa Pernah Terfikir

Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.

Tanpa mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan Umno kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

CALON TERBAIK PRESIDEN UMNO

“Saya rasa Khairy calon terbaik… (jawatan) Presiden Umno ialah Khairy Jamaluddin,”

katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis HARAPAN Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi HARAPAN negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pimpinan pakatan itu.

Pada 22 Mei lepas, pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan Umno adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan hujung bulan ini.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Umno mengalami kekalahan teruk dengan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya kehilangan kuasa di peringkat pusat selepas enam dekad mentadbir negara.

Sebelum ini Khairy mendaftarkan diri untuk calon Naib Presiden Umno.

Mahdzir sertai Khairy, Shahidan rebut jawatan naib presiden Umno

PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menawarkan diri untuk merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti tahun ini.

“Amalan dan corak berpolitik, berorganisasi, bekerja, bermasyarakat yang sudah menjadi kebiasaan, namun telah menjadi kurang relevan, sewajarnya diperbaharui secara total bagi memacu teras utama agenda perjuangan kita demi agama, bangsa, rakyat dan negara tercinta.

“Saya dengan penuh rasa bertanggungjawab serta rendah diri ingin berkongsi semangat, idea dan tenaga bagi memastikan parti keramat kita, iaitu Umno terus diperkasakan dengan penuh kejujuran dan keinsafan untuk memperoleh kembali kepercayaan majoriti rakyat umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahdzir yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mengharapkan sokongan akar umbi parti untuk memenangi kerusi nombor 3 itu.

“Sokongan saudara dan saudari perwakilan di semua peringkat kepimpinan Umno untuk memberikan kepercayaan kepada saya amatlah dihargai. Ayuh kita bangkit bersama-sama memperbaharui agenda perjuangan Umno,” kata ahli Parlimen Padang Terap itu.

Mahdzir ialah calon ke-3 berhasrat merebut 3 kekosongan jawatan itu, selepas bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

SUMBER : FREE MALAYSIAN TODAY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*