Tidak Dapat Perkenan Agung, Kerajaan Tetap Lantik Tommy Sebagai Peguam Negara, Ini KENAPA sebabnya

Walaupun tak dapat perkenan Agung, kerajaan tetap lantik tommy sebagai peguam negara | Perdana Menteri hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengemukakan nama lain untuk mengisi jawatan peguam negara walaupun dilaporkan nama Tomy Thomas tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Video sekadar hiasan sila baca artikel hingga habis

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan percaya cadangan yang dikemukakan itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang negara.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak (melantik peguam negara) berdasarkan nasihat perdana menteri.

“Jadi kita berpegang kepada prinsip itu,” katanya pada sidang media di Alor Setar, Kedah petang ini.Beliau juga memberitahu usaha sedang dijalankan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Justeru, kata Dr Mahathir “tidak ada manfaat” bagi beliau memberi penjelasan lanjut mengenainya.Menggantikan peguam negara antara proses awal yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas berjaya membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Penyandang sebelum ini – Tan Sri Mohamed Apandi Ali – menjadi satu daripada individu yang disasarkan dalam kempen HARAPAN menjelang pilihan raya umum lalu.

Apandi dianggap tidak sesuai meneruskan khidmatnya sebagai peguam negara ekoran pembabitan beliau secara langsung dalam siasatan skandal 1MDB.

Media melaporkan kerajaan mengemukakan nama Tommy bagi mengisi kekosongan jawatan peguam negara namun ia belum mendapat perkenan Agong.

Ditanya mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa Tommy tidak sesuai menjadi peguam negara ekoran hubungannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Dr Mahathir berkata peguam itu juga pernah menjalankan tugas bagi ramai orang.

“Peguam-peguam (biasanya) mengambil kes yang memberi pendapatan kepada mereka,” katanya.

ANTARA KOMEN NETIZEN ISU PEGUAM LANTIKAN BUKAN ORANG ISLAM

Halema Lee | Sebab rasanya hanya thomas yang mampu mengalahkan peguam Dato Najib dari U.S NAJIB Razak menggunakan khidmat sepasukan peguam kanan Amerika Syarikat, termasuk bekas Peguam Negara John Ashcroft dan peguam bicara terkenal David Boeis, dalam menghadapi siasatan antarabangsa terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang boleh memerangkap beliau dan keluarganya.Tun berpandangan jauh orangnya

Adnan Osman Kami sokong Tun asalkn dibenarkan dlm perlembagaan.asyik melayu je.semua jahanam.asal jujur ikhlas

Livin Ganesan Agong orang melayu,sultan2 orang melayu, PM orang melayu, so xperlu takut untuk pilih non melayu jadi AG. Kalau dia tidak boleh melaksanakan amanah dia pecat je la..

Kazu Ma Madey ni ngan shahidan kassim sama jer perangainya..ni atok mufti perlis tak dok nasihat kt atok ni kaa..sembang mcm baguih..jgn bermain dgn petrol..takut terbakar nnti…

Akram Malek Sebelom pru selalu pesan jgn angkat org kafir naik jadi mp, nanti tergugat islam kat malaysia ni.. Tapi cai duk teriak agong2 benteng pertahanan islam dan melayu kan?Alih2 sekarang mahdey game gitu je ydpa?Hahhaha aku dah cakap. Hudud hukum allah pun org tua ni tolak, inikan ydpa?Takplah cai, move on lah.. Watch and learn ajelah kerosakan islam yg korang sendiri pilih.. Yang penting najib jatuh, islam jatuh apedehal kan..

Zuwairi Md Yusof pilihan terbaik.yg tak suke sile kemas beg anda berambus keluar duduk negara lain itu pun jike anda di terime negara2 lain.isu yg patut majlis raja2 campur tangan tu yang di perlis tu sampai bila jadi caca merba di sana?bubar dun selesaikan masalah perlis tu p/s masalah kebiadapan kurang ajar derhake 9 adun dan 2 yb parlimen BN UMNO terhadap Raja Perlis lebih kritikal

Eng Thiam Seng Najib upah peguam paling kuat di dunia, jadi Tun pun kena carilah AG yang englishnya betoi betoi bagus dan pandai putar belit punya , kalau tidak susah mau lawan sama Lawyer mat Salleh…

Terkini! Agung tak restui peguam negara pilihan Tun Mahathir kerana inilah sebabnya

Terkini! Agung tak restui peguam negara pilihan Tu Mahathir kerana inilah sebabnya | KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu.

Video sekadar hiasan yang dipetik dari youtube, baca artikel penuh DIBAWAH.

Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.

Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.

Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.

Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana.

Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.

Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

“Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara,” tulisnya.

Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.

“Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri,” tulisnya. – 2 Jun, 2018.

Sumber : Helangmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*