Tegas Dalam Mendidik Anak Kini Noorkhiriah Jadi Inspirasi Ibu Bapa

Video Penuh Di bawah

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, itulah peribahasa digunakan ketika proses mendidik anak sebelum mereka keluar berhadapan dengan dunia luar yang lebih mencabar.

Begitulah perkongsian pelakon Noor Khiriah menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram milliknya yang berkongsi cara beliau mendidik anaknya dengan menggunakan rotan panjang.

Menerusi video berdurasi 57 saat yang sengaja dirakam kelihatan dirinya sedang memarahi anaknya, Muhammad Yusoff kerana melakukan kesilapan iaitu bermain telefon bimbit walaupun sudah dilarang oleh suaminya.

“kamera sorok ms rekod ni

ni cr sy,mmg sy jnis #masukair tp sy akan jd singa bila bab anak2..dlm zmn yg makin ngarut ni..time main..mainlah,time seyes..seyes..kdg2 sedih,mak ayah dh bg smua ckup..bila besar lain jadinya..Bapaknya dh ckp..klu wat pangai pelik2..anta sekolah pondok..sb kat sana anak2 brtaw cmne idup berdikari..-rotan tu acah je😝-“

Pelakon berusia 39 tahun itu ‘mengugut’ jika anaknya melakukan kesilapan yang sama, dia tidak teragak-agak untuk menghantar mereka ke sekolah pondok.

Posting berkenaan menarik perhatian pengikutnya dengan mengatakan mereka bersetuju dengan cara pelakon itu mendidik anaknya malah ada juga menganggap Khiriah sumber inspirasi mereka dalam kehidupan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber berita via kakihavoc

Jangan lupa like page Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*