Tahniah Zizie Ezette Kongsi Berita Hamil

KUALA LUMPUR 30 Ogos- Selepas sembilan bulan melahirkan bayi kembarnya pelakon Zizie Ezette kembali berbadan dua.

Merupakan kehamilan kali kedua, Zizie menerusi tanda pagar yang tertera menjelaskan kandungannya itu sudah masuk tiga bulan.

pic number 4 will be surprise u!

#stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant

Perkhabaran gembira yang dikongsi menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi turut menerima ucapan tahniah dari beberapa selebriti antaranya Fizo Omar.Netizen juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah.

Dari Ningdalton “Wow Congratulations”

Dari Fizoomar “Wow…carga nya…rajin betul datin sri.hehheh.congrats jejet”

Ape lagi fizo omar kejar la.kot boleh dapat kembar jugak lepas ni. heheeh

Ada juga para peminat yang mintak tips untuk cara dapat anak kembar serta mendoakan pelakon zizie ezette dapat anak kembar lagi..

o

Zizie, 39, sebelum ini selamat melahirkan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember tahun lalu menerusi pembedahan.

Berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009, pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia tiga tahun dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Sumber: UTUSAN ONLINE via GENGJOYAH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*