Sharnaaz berkongsi hari lahir dengan anak. Tahniah Diucapkan

ISTERI kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noornabila selamat melahirkan bayi lelaki pukul 9.01 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Khamis.

Lebih manis lagi, aktor drama Cinta Bukan Kristal ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya itu.

Menerusi Instagram, Shaarnaz memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

Sebelum itu, aktor ini ada memuat naik ucapan terima kasih kepada isterinya yang menghadiahkan seorang putera di ulang tahun kelahirannya ke-33.

“Terima kasih di atas hadiah istimewa kepada saya sebagai seorang baba (panggilan untuk bapa),” tulisnya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/30/shaarnaz/~/media/12a63fd545224ce4a9a8f2d48faf3e79.ashx?la=en

Perkongsian Shaarnaz di Instagram.

Sementara itu, pengacara Neelofa yang merupakan adik kepada Noornabila turut mengucapkan tahniah kepada kakaknya itu menerusi rakaman video di Instagram.

“Baby J selamat dilahirkan. Alhamdulillah dan tahniah kakak,” kata Neelofa.

Video tersebut memperlihatkan Noornabila sedang bersiap sedia sebelum bergerak ke bilik bersalin.

Dalam pada itu, ibunya iaitu Noorkartini turut berkongsi rakaman video detik indah berkenaan.

Kartini turut menulis kapsyen meminta pengikut mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan dan berjalan lancar.

Tags / Kata Kunci:
Sharnaaz Ahmad , Noornabila

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2018 12:17 PM

Oleh: QARAMI HASHIM
qarami@thestar.com.my

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/30/shaarnaz/#1LOVg54qmYcyfAAO.99

Tahniah Admin ucapkan.. Tak Sabar tengok wajah anak Sharnaaz dengan Noornabila kan..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*