Setelah Teruk Dihentam Netizen Kerana Gaya Gengster Dia. Akhirnya YB Melaka Ini Dedah Perkara Sebenar Yang Terjadi

MELAKA TENGAH – Tindakan menutup dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu di sini, dibuat mengikut lunas undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Video Penjelasan Ada Disediakan Di Bawah

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang juga Adun kawasan Pengkalan Batu berkata, tindakan itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, jalan alternatif itu adalah laluan pintas yang dibuat di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan digunakan penduduk Kampung Pulau Nibong, bersebelahan taman berkenaan untuk keluar ke jalan utama sejak 2005.

“Keputusan penutupan jalan itu dibuat selepas penduduk merasakan keselamatan terutama kanak-kanak apabila kenderaan yang melalui kawasan itu dipandu dalam keadaan laju.

Selain ia juga untuk mengelakkan kecurian motosikal daripada terus berlaku, kerana sebelum ini terdapat lima kes dilaporkan. Ia bukan bermakna kami menyebelahi penduduk taman,” katanya.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama penduduk Taman Akasia dan Kampung Pulau Nibong di sini, hari ini.

Jalan alternatif itu yang turut digunakan penduduk Kampung Pulau Nibong, sebagai laluan untuk akses ke jalan utama mengundang rasa tidak puas hati penduduk kampung.

Malah, kehadiran Norhizam pada awalnya menimbulkan suasana tegang apabila berlaku pertengkaran mulut antara penduduk kampung dengan exco berkenaan berhubung isu tersebut.

Menurut Norhizam, kelulusan penutupan jalan dibuat menerusi MPHTJ pada 1 Oktober lalu dan pelaksanaannya dilakukan pada keesokan harinya.

“Sepatutnya penduduk tahu membezakan mana satu jalan alternatif dan utama (persekutuan). Setahu saya jalan taman untuk orang taman.

“Sebelum ianya (keputusan) dibuat, saya sudah buka buku dan melihat peruntukan undang-undang sedia ada. Kalau penduduk kampung merasakan saya menyebelahi penduduk taman, mereka boleh melantik peguam dan kita lakukan mengikut undang-undang,” katanya.

Sumber: KLViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*