Selepas dapat kembar lelaki kini Zizie Ezette timang bayi perempuan pula

Zizie selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat. Foto Instagram @zizieizette

Meskipun mempunyai jadual yang sibuk sebagai ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang suami dan bapa. Demi menyenangkan kehidupan isteri tercinta untuk menjaga serta menguruskan tiga orang cahaya mata mereka, Bung ada mengupah beberapa pengasuh.

“Walaupun DSBM (Bung) sibuk, tetapi (dia) tidak pernah melupakan tanggungjawabnya dan memudahkan kerja saya dengan mengupah pengasuh bayi. Saya tidaklah hebat tanpa mereka,” kata Zizie

Selamat Melahirkan

Datin Seri Zizie Ezette selamat melahirkan anak perempuan pada pukul 12.06 tengah hari, Jumaat.

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette bersyukur tidak mempunyai masalah kesihatan di penghujung kehamilannya.

Zizie, 40, memaklumkan anak ketiga bagi kelahiran kedua itu berada dalam keadaan sihat dan dilahirkan dengan berat 3.32 kilogram.

“Terima kasih Allah, ia sangat mudah daripada pengalaman sebelum ini.

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda semua,” tulisnya di Instagram.

Zizie bersama dua anak kembarnya.

Zizie turut memuat naik gambarnya sedang memangku bayinya itu namun tiada butiran lanjut diberikan berhubung anaknya itu.

Dia sebelum ini mengakui agak gementar menanti kelahiran anak ketiganya, Zizie berharap segala urusan bersalin dipermudahkan tuhan.

Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“It’s almost time to give birth. I wanna thank Allah for blessing me with good health and a healthy pregnancy.

“Sepanjang kehamilan blood pressure normal, tak ada diabetes, edema, preeclampsia dan sewaktu dengannya. Syukur.

“Semoga Allah will continue to bless me with good health sehingga kelahiran nanti. I would greatly appreciate any prayers for safety for the baby and me, as well as for an easy delivery.

“It seems as though the older I get, the more nervous I become. Tq in advance for your dua. #38weeks #plsprayforme,” tulisnya.

Selepas lahirkan kembar lelaki, Zizie Ezette timang bayi perempuan pula

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Zizie sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba saat bersalin.

Pelakon itu berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu pada 2009.

Bukan mudah untuk menjadi isteri seorang ahli politik, kena banyak bersabar, bertolak ansur serta memahami kerjaya suami yang sememangnya sibuk. Namun, Zizie dan suaminya masih lagi dapat mengekalkan rumah tangga yang harmoni dan semoga ia berkekal sehingga ke jannah.

Mereka turut dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzette yang lahir pada 29 Disember 2017.

Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat, Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette yang berusia setahun.

Sumber dari mStar

Kredit: catatanterakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*