Sekali lafaz Fasha Sandha sah milik Aidil Aziz

Fasha dan Aidil selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz. Foto Instagram @tv3malaysia

DENGAN sekali lafaz, pelakon sensasi Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz pada pagi Sabtu.Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis sekitar pukul 8.45 pagi.Pada majlis itu, Aidil, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan Fasha dan Aidil turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook TV3.

Ciuman pertama dari seorang suami buat isterinya… Semoga berbahagia kalian.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu di Ampang, Selangor.

Tahniah buat Fasha dan Aidil. Semoga perkahwinan yang dibina kekal mewangi hingga akhir hayat. Amin.

Jangan lupa like page kali di Talam Keladi

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*