Saya tak pernah dapat A dalam peperiksaan anak Jamal Abdillah menangis bila lihat keputusan SPM

Anak kepada penyanyi legenda negara, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani, 18, adalah antara calon yang menempuhi debaran menantikan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diduduki pada tahun lalu. Osama yang menuntut di Sekolah Seni Malaysia Johor memberitahu, dia tidak menyangka berjaya memperoleh keputusan 3A dan 1B, manakala empat subjek lagi adalah kepujian.

Sepanjang menduduki peperiksaan di peringkat sekolah menengah, jujurnya sekali pun saya tidak pernah dapat A.

“Tetapi apabila melihat keputusan SPM saya yang diperoleh hari ini, saya terkejut sebab nampak tiga huruf A pada slip keputusan tersebut.

“Ketika berada di menengah rendah dulu, situasi sama juga berlaku, langsung tiada A.

Jamal Abdillah optimis anaknya itu bakal mengikut jejak langkahnya selaku anak seni.

“Namun apabila keputusan Peperiksaan Tahap 3 (PT3) keluar, bukan main banyak lagi huruf A saya dapat iaitu tujuh kesemuanya,” ujar Osama yang masih terkejut atas pencapaiannya.

Tambah Osama, meskipun gagal mengumpul keseluruhan 8A bagi semua subjek diambilnya, namun 3A yang digenggam berjaya membuatkan bapanya tersenyum bangga.

“Saya menangis pagi tadi apabila mengenangkan 3A yang diperoleh ini tidak cukup untuk buat ayah rasa gembira.

“Saya cuma minta maaf kepadanya sebab tak dapat lakukan lebih baik termasuk mendapat empat kepujian.

“Apapun, syukur tiada subjek yang gagal. Alhamdulillah,” ungkapnya memanjangkan ucapan terima kasih kepada yang Maha Kuasa.

Berkongsi pengalamannya menduduki peperiksaan percubaan SPM, Osama akui lebih separuh daripada lapan subjek diambilnya tidak lulus.

“Lebih teruk, saya dihentam oleh guru. Akhirnya, ketika peperiksaan sebenar SPM, tak sangka ini hasilnya,” jelasnya. – MHE TV

Sumber:mhetv

Dalam pada itu, Anak DJ Lin juga mendapat keputusan yang membanggakan

anak DJ Lin dapat 6A!

Ibu mana yang tidak gembira melihatkan kejayaan anak di dalam peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi penyampai radio Suria FM, DJ Linkejayaan puterinya, Nureen Aresya yang berjaya memperoleh 6A daripada 10 subjek amat membanggakan.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, DJ Lin berkongsi perasaan syukur dengan keputusan SPM anaknya.

“Tahniah buat puteri #djlin @nrenarsya berjaya memperolehi 6A daripada 10 subjek yang diambil untuk #SPM.

“Alhamdulillah syukur. Hilang segala debaran. Lain macam penangan yang kita rasakan bila teman #anak gi amek result exam ni. Tahniah sayang.

“Moga terus berjaya dalam mengejar impian & cita2. Doa ibu sentiasa ada untuk kakak,” tulis DJ Lin.

Tahniah Nureen dan DJ Lin! – MHE TV

Sumber:mhetv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*