Saat yang paling saya nantikan Anzalna umum hamil

TIGA tahun mendirikan rumah tangga pelakon Anzalna Nasir akhirnya mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil empat bulan.

Isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki ini berkongsi berita itu di laman sosial Instagramnya pada Rabu.

“Saat yang paling saya nantikan… Allah tahu apa yang terbaik untuk kami dan bila masa yang sesuai untuk kami dikurniakan rezeki ini.

“Pada hari istimewa hari jadi saya, saya berkongsi kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama,” ujarnya.

anzalnanasir88:The moment i’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it. On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first baby👶🏻🤰🏻Syukur Alhamdulillah..

Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal. #AnugerahTerindahDalamHidup #4MonthsPregnant

Anzalna, 31, berkahwin dengan Mohamad Hanif pada 22 Februari 2016.

Dalam pada itu, Anzalna menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dia dan suami dikurniakan rezeki zuriat.

“Terima kasih yang mendoakan kami. Benar, jodoh, rezeki, zuriat, ajal dan maut menjadi rahsiannya. Tak perlu dipersoalkan yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” ujarnya.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan gembira diatas pengumuman beliau..

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*