ROSMAH DATANG KE SPRM UNTUK DISOAL SIASAT TETAPI DIA DATANG DENGAN BAWA SESUATU YANG MENGEJUTKAN ORANG RAMAI

Peguam Datuk K Kumaraendran memaklumkan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memberikan kerjasama yang baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan begitu juga dari pihak SPRM sendiri.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut apakah Rosmah akan kembali memberi keterangan, Kumaraendran enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas di SPRM hari ini.

Rosmah menghabiskan kira-kira lima jam di bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, yang mana beliau disoal-siasat mengenai isu syarikat SRC International.

Rosmah berjalan keluar bangunan SPRM sekitar jam 3.45 petang tadi dan terus masuk ke dalam kereta tanpa bercakap kepada pemberita.

Beliau hadir untuk memberi keterangan dan bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Rosmah beri kerjasama penuh pada SPRM – Peguam

Sumber: KiniTV

Netizen ‘siasat’ beg tangan Rosmah ke SPRM

Image may contain: 2 people, people standing

Berita Datin Seri Rosmah Mansor diminta menghadiri ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahpun menerima liputan meluas di media massa.

Isteri kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menjadi tumpuan bukan sahaja atas dasar soal siasat yang dijalankan pihak SPRM, malah lebih daripada itu.

Sejak gambar beliau mengunjungi pejabat SPRM yang turut ditemani anak perempuan, Nooryana Najwa dan menantunya tular di media sosial, netizen lebih tertarik kepada pakaian dan aksesori khususnya beg tangan serta kasut yang dipakai Rosmah pada hari ini.

Rosmah dilihat berpakaian baju kurung berwarna biru dan berselendang berwarna merah terang.

Ditangannya, beliau dilihat membimbit beg tangan sederhana besar saiznya berwarna merah jambu dan kasut platform juga berwarna merah.

Ekoran tularnya gambar itu, netizen terus meneka jenama beg tangan yang dibawa oleh Rosmah sehingga pelbagai versi yang diteka.

Paling dekat dengan beg tangan yang dibawa Rosmah ialah beg tangan jenama Gianni Versace Demetra yang dianggarkan berharga sekitar RM3000 hingga RM5000.

Rosmah sememangnya terkenal dengan obses beliau terhadap beg tangan berjenama. Dalam serbuan di kediaman beliau baru-baru ini, polis merampas 284 buah beg tangan pelbagai jenama termasuk Hermes Birkin.

Rosmah keluar SPRM, terus ke kereta

SUMBER : FREE MALAYSIA TODAY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*