Ramai Penyokong Harimau Malaya Kecewa Apabila Tidak Dapat Lihat Final

8 Minit Sahaja. Ramai Penyokong Harimau Malaya Kecewa Apabila Tidak Dapat Lihat Final

BEKAS juara 2008, Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila menewaskan Filipina menerusi agregat 4-2 di separuh akhir kedua, malam ini.

Pertembungan final itu pasti menarik terutamanya selepas skuad Harimau Malaya berjaya mengenepikan tentangan juara bertahan, Thailand di Bangkok, semalam.

Perlawanan akhir itu juga pastinya ditunggu-tunggu oleh pemain negara untuk membalas ‘dendam’ selepas tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Pada aksi di Hanoi itu, Filipina yang terdesak untuk memburu dua gol selepas tumbang 2-1 pada separuh akhir pertama jelas menguasai babak pertama, namun dikecewakan dengan aksi mantap pertahanan tuan rumah yang berjaya mematahkan segenap percubaan Filipina.

Bagaimanapun, Vietnam terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi penyerang licik mereka, Nguyen Quang pada minit ke-83 sebelum Nguyen Phuong menambah gol kedua tiga minit kemudian.

Pelawat cuba bangkit hasil tandukan James Younghusband, namun ia masih tidak cukup untuk menghalang Vietnam ke final.

Final pertama akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini, manakala aksi timbal balik di Hanoi pada Sabtu depan.

Sumber Artikel: Hmetro Online

“Mula Jual Pukul 9 Pagi, 9.08 Minit Dah Tak De,” Penyokong Bola Kecewa, Dakwa Tiket Final 1 Piala Suzuki AFF Selasa Ini Habis Tak Sampai Beberapa Minit
Final Piala Suzuki AFF 2018 Malaysia bertemu Vietnam ditetapkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini, 11 Disember 2018.

Sama seperti sebelum ini, sebanyak 40,000 keping tiket akan dijual, 20,000 dijual pada Jumaat, bermula 9 pagi dan 20,000 lagi pada hari Sabtu pada jam 9 pagi. Sementara baki 40,000 tiket akan dijual secara fizikal bermula Ahad di lokasi penjualan yang lain.

Walau bagaimanapun, pagi ini di Facebook rasmi FAM, rata-rata netizen mendakwa bahawa tiket pada hari ini sudah habis seawal pagi.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa kecewa kerana ada yang menunggu seawal 8 pagi untuk membeli tiket yang dikatakan akan mula dijual pada jam 9 pagi.

Harga tiket bagi perlawanan Selasa ini dijual pada harga RM40 bagi tempat duduk terbuka, dan RM5 bagi tiket kanak-kanak serta satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan, RM50 untuk grandstand.

Sumber: Facebook FAM

Sumber Artikel : Siakap Keli

Kredit: KL VIRAL via Kucinghitamm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*