Ramai Orang Disuruh Boikot Pasar Raya Rosyam Nor Sebab Najib Razak. Ini Jawapan Rosyam Nor Kepada Orang Yang Ingin Boikot Pasaranya

PELAKON Datuk Rosyam Noor menganggap pihak yang meminta agar pasar rayanya diboikot sebagai ‘tiada kerja lain nak buat’.

Menurutnya, meskipun ada saranan sebegitu, namun perniagaannya itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah di bulan Ramadan ini saya mendapat banyak rezeki pahala yang orang bagi secara percuma.

“Ada yang mengutuk saya, tetapi alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak ALLAH beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pihak tertentu agar pasar raya ST Rosyam Mart diboikot gara-gara perbezaan haluan politik.

Mengulas lanjut, Rosyam yang terkenal dengan watak Castello itu turut melahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya.

“Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja, orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa ada yang istimewa buat mereka yang mengunjungi pasar rayanya nanti.

PROMOSI AYAM LEBIH MURAH

“Lepas raya kita akan buat promosi untuk menjual ayam murah seekor 88 sen,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN

Ucapan Rosyam Nor ketika ‘Soft Launch’ Pasar Raya Beliau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minta maaf sangat sangat. Hari soft launch tak sangka sambutan luar dugaan. InshaAllah segala teguran akan diambil kira. Tqvvm support semua

1,200 termasuk selebriti sertai Ride for World #QuranHour

KUALA LUMPUR 3 Jun – Seramai 1,200 pembawa panji Al-Quran bermotosikal bersama Duta World #QuranHour, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim menyertai konvoi Ride for World #QuranHour (R4WQH) bermula di Masjid Negara, di sini hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*