Ramai Artis Turut Puji Nyanyian Anak Liza Hanim Yang Sungguh Merdu

Penyanyi Liza Hanim semalam telah memuat naik satu video di laman Instagram nya dimana kelihatan anaknya, Marsya Qisitina sedang membuat persembahan nyanyian dalam sebuah pertandingan nyanyian di sekolahnya.

Video di akhir artikel

Liza Hanim Bangga Dengan Pencapaian Anak

Menerusi perkongsian itu, Liza begitu berbangga dengan kebolehan anaknya yang mewarisi bakat seni suara sama sepertinya. Lebih manis, Marsya yang menyanyikan lagu Tiada Lagi Tangisan dendangan Aishah turut menjuarai pertandingan nyanyian tersebut.

” Perasaan seorang mama bila kuah tumpah ke nasi… i just have to post this video. Anak sulung ku bertanding menyanyikan #tiadalagitangisan . I am so proud of you my girl. Congrats @marsya.qstna Juara hari ni…

Rakan Artis Puji Kemerduan Suara Marsya


Perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian pengikutnya di laman sosial itu apabila rata-rata daripada mereka memuji kelunakan suara yang dimiliki Marsha. Malah ramai rakan artis termasuk Aishah turut memuji serta mengucapkan tahniah kepada anak penyanyi lagu Mimpi itu.

Mereka turut mengharapkan agar Liza dapat memberi tunjuk agar dan bimbingan kepada anaknya kerana percaya bakat yang dimiliki Marsha cukup besar dan mampu dikembangkan dengan baik suatu hari nanti. Liza telah mendirikan rumah tangga bersama ahli bekas kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin pada tahun 2003. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Posted by Mia Kacang on Wednesday, February 20, 2019

Posted by Mia Kacang on Wednesday, February 20, 2019

Posted by Mia Kacang on Wednesday, February 20, 2019

Sumber : Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*