R0mpakan Bersennjata Di Sebuah Kedai Emas, Namun Tindakan Pekerja Perempuan Ni Buat Netizen Pelik

Baru sekejap tadi, tular beberapa buah video di Facebook menunjukkan kejadian rompakan di sebuah kedai emas dekat CS Mall bersebelahan Bangi Wonderland pada Jumaat lepas (12 Oktober).

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang perompak memakai helmet telah menghentam cermin kaca di kedai emas tersebut untuk membawa lari barang-barang perhiasan yang ada di dalamnya.

Staf terlalu panik sampai ‘bantu’ beri semua barang kepada perompak? 

Kejadian tu boleh dikatakan scary jugaklah sebab si perompak siap bawa pistol dan acukannya kepada staf perempuan yang bekerja dekat kedai emas tu. Disebabkan terlalu panik dan takut, staf-staf perempuan dengan ‘rela hati’ bantu beri semua emas-emas yang ada kat situ pada perompak tu.

Rompakan Bersenjata Kedai Emas…. Cuba Korang Tengok…Ape Yang Pelik 🤔🤔🤔Lokasi Mall CS bersebelahan Bangi Wonderland pada petang 12 October 2018 lepas..

Posted by Viral Media Johor on Tuesday, October 16, 2018

Tindakan ni buat netizen rasa sedikit pelik dan ‘musykil’ sama ada betul ke staf perempuan kat kedai emas ni panik ataupun sebenarnya dorang ni… bersubahat? 

Sumber: Facebook

Rompakan kedai emas di Mall CS sebelah Bangi Wonderland . Pekerja tu Panik Kut???

Posted by MulutMurai.com on Tuesday, October 16, 2018

Tindakan melulu staf kedai emas tu beri semua barang kemas kepada si perompak mengundang kata-kata cacian dari netizen. Rata-rata macam cannot brain kenapa kakak-kakak tu kena tolong penjenayah tu rompak kedai emas. Siap perompak tu separuh jalan dah lari, dipanggilnya kutip barang kemas sampai habis.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Perompak tu pegang pistol, kang melawan ada mati katak kena tembak!” 

Macam manapun, tak semua netizen salahkan kakak-kakak kedai emas tu. Yang penting nyawa selamat kan. Takat barang kemas kena rompak tu apalah sangat nak dibanding dengan kepala bersepai kalau dah kena tembak nanti. Akak-akak tu pun mesti ada anak-anak dan keluarga.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Papepun sehingga setakat ni belum ada berita rasmi lagi mengenai kejadian ni di mana-mana portal media. Diharapkan mangsa semua selamat dan pihak polis berjaya mengesan penjenayah.

Yang paling penting, lebih baik netizen elak buat spekulasi sebab kita tak berada di tempat akak-akak kedai emas tu. Mungkin betul dia takut agaknya, sebab tu dia bagi semua barang kemas tu kat si perompak. Alahai…

Sumber – lobakmerah!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*