PM Dr Mahathir Tepis Tuduhan Tak Pertahankan Islam. Ini Jawapan Dr M Buat Mereka Terdiam. Baca dan Fahamilah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis tuduhan Pakatan Harapan tidak membela dan melindungi ajaran Islam.

Beliau berkata gabungan itulah yang berpegang kepada Islam yang mengajar tadbir urus berlandaskan undang-undang, menolak diskriminasi dan menghukum penyelewengan.

“Kalau kita berpegang kepada ajaran Islam sebenar, ia akan menentukan negara kita ditadbir mengikut landasan undang-undang dan prihatin serta peduli kepada rakyat,” katanya di majlis berbuka puasa PPBM di Putrajaya malam tadi.

Dr Mahathir berkata Islam menuntut penganut tidak mendiskriminasikan agama lain dan menyuruh berlaku adil dalam setiap perkara

“Islam suruh kita mentadbir dengan keadilan dan ini disebut berkali-kali dalam Al-Quran. Al-Quran menyatakan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil, bukan semata-mata orang Islam sahaja tetapi juga bukan Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan, dia mendapati ramai penjawat awam dihasut untuk tidak berkhidmat kepada negara tetapi kepada parti politik.

“Kita tidak suka ambil tindakan, tetapi kita tidak boleh benarkan mereka jalankan tugas. Kita perlu cari pengganti kepada mereka. Mungkin pada mereka, mereka dianiaya tetapi ini dilakukan dengan dasar dan undang-undang dalam negara,” katanya.

Beliau berkata ramai pentadbir sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan kerajaan tidak boleh bertolak-ansur.

“Kita tidak boleh beri harapan sepenuhnya kepada orang yang menyeleweng, iaitu anggota pentadbir awam haruslah patuh kepada kerajaan yang mendapat pilihan rakyat,” katanya.

sebelum ini Tun Mahathir mencetuskan kontroversi apabila melantik peguam negara bukan dikalangan orang islam. Lebih teruk lagi perlantikan tersebut tidak dipersetujui oleh YDPA . Justeru itu ia menjadi modal buat pembangkang untuk menyerang kerajaan baru pakatan

SUMBER: Freemalaysiatoday

Dr M tepis tuduhan PH tak pertahan Islam

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak akan mengabaikan agama Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan selain memelihara kebebasan beragama penganut agama lain.

Dr Mahathir berkata, tuduhan sesetengah pihak bahawa pentadbiran HARAPAN tidak membela dan mempertahankan agama Islam adalah tidak tepat.

“Kita akan dirikan kerajaan yang berpegang kepada undang-undang dan tidak akan lakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam.

“Kalau kita berpegang kepada ajaran Islam sebenar, ia akan menentukan negara kita ditadbir mengikut landasan undang-undang dan prihatin serta peduli kepada rakyat,” katanya di Majlis Iftar BERSATU di Putrajaya, hari ini.

HARAPAN sebelum ini berdepan pelbagai tuduhan seperti bersikap anti-Islam termasuk kontroversi terbaru melibatkan pelantikan peguam negara dari kalangan bukan Islam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Islam menuntut penganutnya tidak mendiskriminasikan agama lain, sebaliknya menyuruh berlaku adil dalam setiap perkara.

“Kita tidak akan diskriminasikan agama lain, kerana Islam suruh kita mentadbir dengan keadilan dan ini disebut berkali-kali dalam al-Quran.

“Al-Quran menyatakan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil, bukan semata-mata orang Islam sahaja tetapi juga bukan Islam,” katanya.

Dr Mahathir juga mendakwa sejak mengambil alih kerajaan, beliau mendapati ramai anggota kakitangan awam ‘terpedaya dengan dakyah jahat’ sehingga gagal memberikan khidmat kepada negara, sebaliknya berkhidmat untuk parti tertentu.

“Kita tidak suka ambil tindakan, tetapi tidak dapat tidak, kita tidak boleh benarkan mereka (yang enggan bekerjasama) jalankan tugas.

“Kita perlu cari pengganti kepada mereka. Mungkin pada mereka, mereka dianiaya tetapi ini dilakukan dengan dasar dan undang-undang dalam negara,” katanya

Katanya, ramai penjawat awam kerajaan yang enggan bekerjasama sanggup melakukan sesuatu perkara walaupun bertentangan dengan undang-undang.

“Kita tidak boleh beri harapan sepenuhnya kepada orang yang menyeleweng, iaitu anggota pentadbir awam haruslah patuh kepada kerajaan yang mendapat pilihan rakyat,” katanya.

SUMBER: Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*