Pernah muncul dalam muzik video raya Jamal Abdillah pada tahun 80-an, Azmin Ali sebagai pelakon tambahan

Tinggal beberapa hari sahaja umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri sebgai tanda kemenangan umat Islam. Pastinya kedengaran lagu-lagu raya yang mula dimainkan di corong-corong radio dan ada juga yang mengambil kesempatan melayari internet untuk menonton muzik video raya menerusi Youtube.

Apa yang menjadi perhatian adalah muzik video Salam Aidilfitri nyanyian Dato’ Jamal Abdillah pada pertengahan tahun 80-an yang disambut meriah dengan suasana hari raya. Menariknya, video tersebut melihatkan ahli keluarga Azwan Ali termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi, arwah ibunya, Arwahyarhamah Hajjah Che Tom Yahaya serta adik perempuannya Ummi Hafilda Ali.

Muzik video Salam Aidilfitri.

Azmin Ali sebagai pelakon tambahan.

Adik perempuan Azwan Ali, Ummi Hafilda.

Di dalam video tersebut, Azmin yang memakai baju Melayu berwarna merah kelihatan ceria dan aksi bersahaja berbual bersama tetamu yang hadir di rumahnya pada ketika itu.

Walau bagimanapun, terdapat sebuah komen di Youtube yang mengatakan bahawa, ada kemungkinan ketika video itu dirakam, Azwan Ali (adik kepada Azmin) membawa Jamal ke set penggambaran program raya di rumahnya. Oleh sebab itu, wajah Azmin dan sekeluarga ada di dalam video berkenaan.

Sumber : Youtube  / Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*