Perlekeh Program Gegar Vaganza Sajat Kini Penaja Miss Universe 2019

Nama Nursajat Kamaruzaman memang sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Dari sekecil-kecil anak sampailah yang ke dewasa, semua kenal dengan pemilik nama gelaran Sajat ini.

Mula menempa nama sebagai usahawan kosmetik dan produk kecantikan, kini beliau cuba melebarkan sayap perniagaan ke bidang penajaan.

Sejak seminggu dua ini Sajat kerap melancong ke luar negara untuk mencari peluang perniagaan baru. Perkara ini dapat dilihat di akaun instagram beliau yang selalu memaparkan gambar beliau ke luar negara.

Baru-baru ini menerusi muat naik status baru di akaun media sosialnya, sajat dilihat menghadiri majlis Miss Universe 2019 yang diadakan di Thailand bersama kekasihnya Coach Yin.

Pelbagai perkongsian dalam bentuk gambar dan video dapat dilihat dikongsi oleh beliau di akaun instagram miliknya. Apa yang menarik perhatian adalah sebuah video yang memaparkan beliau sedang duduk dibarisan hadapan sambil menonton peserta Miss Universe dengan caption berikut :

ajramjat – biar apa org nak kata!!!! sajat very excited bila berada di sini..melihat depan mata jelitawan2 universe bertanding di sebuah pentas yang sangat besar!! di sini,saya mencari sesuatu yg baru..sebagai founder kecantikkan, reality nya ramai yang nak cantik!! cantik bukan dari aspek luaran,tetapi ia bermula dari dalaman…in sha allah..tahun depan saya akan menjadi salah seorang sponser miss universe 2019!!! esok kami akan berjumpa dengan organization miss universe…hope lepas ini branding saya lets bengkung diamond gold kami akan di pakai semua peserta di seluruh negara!!! stand proud ❤️❤️❤️❤️

Menerusi caption tersebut, beliau memaklumkan bahawa akan menaja program Miss Universe 2019 dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak penganjur. Dengan perasaan bangga sajat berharap menerusi kerjasma yang akan diadakan ini, produk bengkung diamond gold akan dipakai oleh semua peserta Program berprestige tersebut.

Seperti kebiasannya, muat naik status ini menerima respond daripada netizen yang tidak jemu-jemu mengecam disamping segwlintir dilihat ada yang memberi sokongan.

Antara komen yang menarik hati adalah berkenaan cadangan netizen untuk menaja program Gegar Vaganza musim hadapan, namun ia mendapat maklumbalas yang negatif daripada Sajat yang seolah-olah jijik dengan pertandingan hiburan tempatan tersebut. “Euwww Selisih” katanya.

Terdapat juga komen yang sengaja mengusik sajat dengan menyatakan bahawa memang kecenderungan lelaki suka melihat wanita cantik dan itu sebabnya sajat hadir ke program tersebut.

Yang ini pula komen netizen yang tak sudah-sudah mengutuk fizikal Sajat. Ada-ada sahaja kalau nak membahan si Sajat ni.

Tidak ketinggalan kekasih hati Sajat juga mendapat tempias.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempunyai pemikiran positif dan terus memberi kata-kata semangat kepada Sajat agar beroleh jalan keberkatan dalam hidup.

Melihat kepada komen-komen tersebut, kadangkala admin terfikir mengapa mereka ini semua masih mengikuti instagram Sajat? Sedangkan pelbagai kata-kata berbentuk cacian dan makian yang diberikan kepada pemilik akaun instagram ajramjat ini.

Mungkin ia menjadi hiburan?, mungkin jadi platform untuk mereka berdakwah? atau mungkin sekadar mahu mengusik.

Walau apa pun, admin doakan yang baik-baik sahaja agar mereka ini sentiasa istikomah dalam menjalani kehidupan.

Sumber:Lubokviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*