Pengumuman Selipar Kena Curi Dekat Asrama Lawak Habis

Video Penuh Akhir Artikel

Lawak betol pelajar lelaki ini membuat satu pengumuman tentang seliparnya yang hilang berserta kriteria selipar tersebut. Berwarna kelabu dan conditionya adalah 9.8/10.

Pengumuman ini dipercayai dibuat di kolej kediaman salah satu universiti tempatan dan video ini telah dimuat naik oleh kawannya.

Jom tengok video dibawah …

VIDEO:

Selipar Hilang

Hilang Selipar

Posted by ViraLaju on Friday, September 7, 2018

Komen netizen;

i dah 10 kali tengok tau…

Member emosi teruk selipar hilang…

HAHAHAHA TERHIBUR…

Tetapi disebalik pengumuman itu rupanya..“Update-selipar dia jumpa depan bilik, dia yang pergi rembat selipar orang”haha macam-macam pelajar zaman sekarang.

10 Perkara Annoying Di Hostel, agak-agak korang yang mana? haha

Daripada zaman sekolah sampailah kat Moscow ni aku tinggal dalam hostel. Hidup kena tahan sabar sikit kat hostel ni sebab ianya bukan hotel dan sebab kena kongsi dengan orang lain. Kadang-kadang orang lain nilah yang membuatkan kita nak makikan aje, tapi sabarlah jelah kan.. Tak elok gaduh-gaduh ni. Ni antara 10 perkara annoying kehidupan di hostel/asrama setakat yang aku ingat.

Orang bising. Suara garau, lantang tak best langsung tapi suka menyanyi kuat-kuat. Orang-orang macam ni samada tak tahu malu, tak bertimbang rasa atau tak faham bahasa. Tahu tak nyanyian korang tu mengganggu orang lain, bukan menghiburkan mereka?

Peminjam tegar. Pinjam sudu, garfu, cawan, mangkuk, periuk belanga dan segala jenis apa yang boleh dipinjam tapi tak reti nak pulangkan balik. Lagi best bila dia declare barang tu jadi barang sendiri terus simpan dalam bilik. Bila kita melilau mencari tengok barang tu dalam bilik entah siapa-siapa, tak berbasuh.

Barang hilang. Kat sekolah, paling senang hilang adalah pakaian. Kat IPT up sikit, mungkin duit, laptop, smartphone dan sebagainya. Tapi kat sini oklah, sesama warganegara takde kes kecurian. Itu tandanya duit scholar semua orang cukup, ataupun pelajar yang dihantar ke luar negara ni lebih banyak kesedaran sivik.

Tengah tidur, sekali tengah malam adalan ‘jin’ mana masuk buka lampu. Oh.. rasa macam nak terajang je orang tu.

Bising sampai pagi. Ada jenis manusia ni, mereka tak boleh tidur awal. Jadi apa mereka buat, lepak ramai-ramai dalam satu kelompok dan buatlah apa-apa sampailah diorang mengantuk. Yang kesian adalah orang yang ada sekali dalam bilik tu yang memang nak tidur. Memang kesian.

Bayar duit hostel. Memang annoying sebab duit banyak habis sekelip mata.

Rokok. Ada orang yang tak merokok tak kisah dengan asap rokok, ada yang allergic habis. Memang kesian la golongan yang allergic habis ni kalau dapat rakan sebilik yang memang perokok dan tak nak hisap rokok kat tempat lain.

Warden dan mereka yang berkuasa di hostel tersebut. No doubt, mereka memang annoying.
Kongsi toilet. Bila ada orang lain nak guna dan tak perasan ada orang lain dalam toilet tu dan pintu toilet tu pula tak boleh dikunci dengan betul, maka terjadilah kes ‘diganggu’ ketika menunaikan hajat.

Kurang privasi. Nak cakap dengan awek atau family bincang perkara-perkara yang agak peribadi kadang-kadang susah. Kena cakap slow-slow tak nak orang dengar. Nak pergi tempat lain tak boleh sebab guna skype kat laptop. Akhirnya, terpaksalah cari tunggu waktu keemasan bila semua orang dalam bilik keluar baru boleh bercakap dengan orang tersayang tanpa sebarang gangguan.
Biasalah, mana-mana pun ada je orang yang tak bertimbang rasa dan kurang budi bahasa macam dalam entri ni, jadi perkara macam ni tak boleh dielakkan. Memang kena sabar. Tapi banyak lagi yang aku tak cakap kan? Kalau ada yang nak tambah tinggalkan dalam ruangan komen.

Sumber:kakihavoc & ariffshah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan lupa like page kami Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*