Penampilan Pertama Kim Woo Bin Selapas Setahun Berehat Akibat Kanserr

Penampilan pertama pelakon Korea popular, Kim Woo Bin selepas disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017 mendapat perhatian netizen.

Menerusi foto yang dikongsi, difahamkan Woo Bin ketika itu sedang bercuti bersama teman wanitanya, aktres Shin Min Ah di Australia.

Foto tersebut meramkamkan Woo Bin yang sedang berbual sambil menikmati hidangan makanan enak bersama Min Ah.

Bagaimanapun, netizen menarik nafas lega melihat wajah dan susuk tubuh terbaru Woo Bin yang kelihatan semakin sihat.

Pasangan itu menjadi bualan hangat netizen dan rata-ratanya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Min Ah kerana sentiasa berada disisi Woo Bin tidak kira waktu susah atau senang.

Kim Woo Bin dan Shin Min Ah telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2015.

Terdahulu, Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak

Bagaimanapun, Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain.

Woo Bin yang popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir kemudiannya mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu kerana mahu memberikan fokus terhadap penyembuhan penyakit kansernya.

Sumber: Soompi

kredit: astro gempak via gengjoyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*