Peminat Memuji Fad Bocey Sambut Hari Jadi Isteri Dalam Suasana Sweet Dan Romantik.

Pelawak dan penyampai radio ERA iaitu Muhamad Fadzlie Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey membuat satu dedikasi khas untuk isteri tersayang, Nur Syahira A.Rahman atau Sya sempena hari lahir Sya yang ke-24 pada baru-baru ini.

Fad Bocey memuat naik satu video bersama kapsyen khas yang ditujukan kepada isteri tersayang menerusi sebuah entri di laman Instagram (IG) miliknya.

“Assalamualaikum, yeayy hari ni 21/10/2018 bertambah lagi usia mommy and daddy doakan mommy sentiasa dirahmati, dilindungi dan diberkati Allah SWT.

“Terima kasih mummy kerana sentiasa berdiri teguh dibelakang daddy dari kita kenal sampai kahwin dan sampai la ada anak 3 ni. Daddy doakan mummy diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, tak nak cakap panjang-panjang takut nanti nangis.

“I love you so much, happy birthday my love. Video ni gambar kita baru kenal dulu sampai la kita kahwin lepastu ada kembar lepastu ada aminah lepastu agak-agak ada lagi ke? Hahaha sekejap masa berlalu kan,” tulis Fad.

Fad telah menghadiahkan isterinya seutas jam tangan sebagai hadiah hari jadi untuk tahun ini.

Rata-rata peminat Fad sangat memuji tindakan pelawak itu yang dianggap sebagai sesuatu yang ‘sweet’. Pengikut laman Instagram (IG) Fad juga mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke jannah.

Fad dan Sya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan (kembar) dan Nur Aminah Mishall.

Sumber: gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya Dan Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*