Pelamin anganku robohh, pengantin jatuuh dalam sungai

HARI yang sepatutnya menjadi istimewa buat pasangan pengantin bertukar tragedi apabila pelamin yang dibina di atas sungai roboh. Ibarat ‘Pelamin Anganku Musnahhh”.

Kejadian itu menyebabkan kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan jatuh ke sungai.

Gambar menunjukkan pengantin terpelesok bawah khemah.

Menerusi video tular berdurasi seminit dan 19 saat itu, sejumlah tetamu dilihat terjatuh ke sungai dan masing-masing cuba menyelamatkan diri.

Beberapa saat kemudian, video yang dirakamkan dari tepi pelamin menunjukkan pasangan pengantin diselamatkan. Nasib baiklah tidak dalam sungai tu kan.

Pengantin perempuan dilihat sukar untuk naik semula ke tepi pentas, tetapi masih mampu tersenyum apabila orang ramai bersimpati dengan keadaannya.

“Insiden berlaku pada Sabtu lalu di Cengkareng, barat Jakarta,” kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana, Jupan Royter kepada Jakarta Post pada Isnin.

Beliau menambah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – The Jakarta Post/Asia News Network

Sumber: Mstar

Mungkin Mahu Kelainan Bina Pelamin Atas Sungai Namun Siapa Sangka Terus Mandi Sungai.. Hehehhe #guraujeeee

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*