Pelakon Roslan Salleh Dedah Kenapa Dia Kini Meniaga Dendeng Walaupun Masih Dapat Tawaran Berlakon Tak Sangka Ini Puncanya

Sejak gambarnya menjual daging dendeng tular di media sosial baru-baru ini, ramai juga netizen yang mempersoalkan adakah pelakon veteran Roslan Salleh masih mendapat tawaran berlakon.

Ini kerana filem terakhirnya yang masih ‘segar’ adalah filem Munafik 2. Gempak sempat menghubungi Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan untuk mengetahui perkembangannya kini.

Menurut Pak Lan, dia kini masih menunggu dua lagi filem untuk ditayangkan dalam masa terdekat iaitu filem Perjanjian Anak Setan dan satu lagi merupakan filem terbitan Datuk A. Aida.

Kesihatan tidak mengizinkan

” Namun setakat itu saja saya mampu berlakon. Selepas ini, mungkin akan berkurang sebab kesihatan saya tidak lagi mengizinkan.

” Memang banyak tawaran tapi itulah kesihatan saya yang tidak menentu buat saya kurang bertenaga. Faktor usia mungkin,” katanya.

Menurut Pak Lan, antara penyakit dialaminya termasuklah kencing manis, tekanan darah rendah serta pernah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru beberapa tahun lalu.

Jika mahu membeli daging dendeng Pak Lan, anda boleh lakukan carian ‘Warung Hijau Rojak Sotong’ di aplikasi Waze atau Google Maps. Jika mahu memesannya secara atas talian anda boleh terus WhatsApp ke nombor 0173250843.

Sebelum ini tular Roslan Salleh jual pisang goreng

Sementara itu sebelum ini kisah Roslan Salleh pernah tular apabila menjalani kehidupan getir apabila terpaksa melakukan pekerjaan menjual kuih-muih dan pisang goreng di kampung halamannya di Aloh Gajah, Melaka untuk menyara keluarga.

” Disebabkan keadaan kesihatan saya tidak pulih lagi serta perbelanjaan yang tinggi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah bapa mertua saya di Alor Gajah, Melaka,” ujarnya kepada mStar Online.

Roslan berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangannya selepas foto menjual pisang goreng di Melaka tersebar di laman sosial.

Tambah Roslan, biarpun keuntungan hanya RM10 hingga RM30 sehari, namun dia bersyukur sedikit sebanyak dapat membantu menambah perbelanjaan harian keluarganya.

” Pendapatan saya tidak banyak pun kalau dapat RM10 sehingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur.

” Saya kena kuat mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan, kalau saya tidak kuat siapa lagi yang nak tanggung keluarga,” ujarnya yang kini mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Roslan yang baharu memulakan bisnes tersebut empat bulan lalu turut mengalami pengalaman pahit apabila dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan diberi notis tiga hari supaya berpindah oleh pemilik kedai.

Anggap ada hikmah setiap yang berlaku

Dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan dan yakin ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku.

” Pada mulanya saya tumpang meniaga di sebuah kedai tapi disebabkan saya ingin memohon lesen perniagaan kedai tersebut tidak mahu memberi kerjasama.

“Kedai itu memberi notis tiga hari kepada saya supaya mencari lokasi lain untuk berniaga, saya akui kawasan tersebut agak strategik dan ramai pelanggan tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki lama di situ,” ujarnya.

Tambah Roslan, selain menjual pisang goreng dia juga mengambil upah bertukang secara kecil-kecilan di kawasan kampung berkenaan.

Sumber : gempak & mstar via Rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*