Pekerja Lazada Kantoi Di CCTV Pecah Masuk Rumah Orang. Ini respon pihak lazada.

KUALA LUMPUR – Hanya mengambil masa kurang 20 minit, seorang wanita kehilangan barang bernilai RM10,000 dicuri oleh individu tidak dikenali di rumahnya, Sri Damansara.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Video Faliajamadi dikongsi di laman sosial Twitter mendapat perhatian orang ramai.

Perbuatan itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam rumah tersebut.

Dalam rakaman CCTV pada jam 4.11 petang memaparkan lelaki memakai baju T berseluar hitam memasuki rumah dan menuju ke bilik mengambil barangan berharga.

Faliajamadi memberitahu, antara barang yang hilang ialah barang kemas, wang tunai termasuk mata wang asing, komputer riba, beg tangan berjenama dengan jumlah keseluruhan bernilai RM10,000.

Katanya, kejadian itu berlaku di rumah kakaknya ketika dia sedang turun ke tingkat bawah.

“Tidak sampai 20 minit perompak telah membawa lari barang dan meminta orang luar membantu jika mengenali atau terjumpa lelaki ini.

“Laporan polis telah dibuat,” katanya.

Paparan video dan gambar telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan 7,400 retweet dari netizen pada waktu artikel ini ditulis. – SUMBER : SiakapKelisa

Menurut pemilik twitter faliajamadi jiran beliau mengatakan nampak jelas muka pencuri yang memakai baju Lazada tersebut. Saksi tersebut beritahu lelaki itu memang nampak gelisah dan tergopoh gapah.

faliajamadi beritahu ketika dia baru keluar rumah untuk pergi fitting baju dia perasan suspek tersebut sedang menunggu di hujung koridor dan bila dia sampai lelaki tersebut pura pura sedang menjawab panggilan telefon.

Menurut respond di twitter baju warna hitam tulisan Lazada itu bukan lah baju untuk penghantaran servis Lazada. Berkemunkinan baju tersebut bukan dari Lazada dan lelaki itu hanya memakai baju itu sahaja tetapi bukan pekerja Lazada.

LAZADA MEMBERI RESPOND

Pihak Lazada dengan pantas menjawab isu tersebut.

Setakat ini tiada apa apa laporan rasmi dari pihak Lazada selepas mereka memberitahu akan siasat. Berkemunkinan lelaki itu bukan dari pekerja Lazada dan kebetulan lelaki itu memakai baju Lazada.

SUMBER : Twitter

By: Buletin Netizen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*