Pekan Dijumpai Dalam Keadaan Misterri Setelah Hilang Lima Hari

Pekan dijumpai dalam keadaan misteri selepas hilang lima hari. Rita Rudaini luah rasa syukur.

PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa syukur dan gembira apabila kucing kesayangannya yang hilang lima hari lalu ketika berada di bawah jagaan seorang kenalan ditemui semula kira-kira pukul 2.50 pagi Khamis.

Rita, 42, berkata, kucing bernama Pekan itu ditemui dalam keadaan letih, murung dan kurus.

“Alhamdulillah terima kasih tidak terhingga kepada Sarjan Rahmat dan semua polis di Balai Polis Semenyih kerana menyelamatkan Pekan.

“Saya rasa gembira bila dihubungi dan diberitahu berita ini. Pekan dalam keadaan letih, murung dan kurus,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut berterima kasih kepada seorang individu yang banyak membantunya dalam memberi info tentang kucing berkenaan.

Rita berkata, banyak perkara yang meragukan dalam kes kehilangan dan kemunculan Pekan secara tiba-tiba.

“Allah hantar seorang yang mulia hatinya, dia banyak membantu dalam memberi maklumat tentang Pekan. Semoga Allah membalas jasa baik adik dan keluarga.

“Ada hikmah saya post perkara ini di Instagram untuk viralkan, tiba-tiba Pekan muncul, misteri, suratan atau kebetulan,” ujarnya.

 

Tambah Rita, dia masih belum berpuas hati dan mahu membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya.

“Saya mahu pihak polis terus menyiasat kes tersebut dan ambil tindakan sewajarnya. Siasat sampai terungkai kebenarannya,” ujarnya.

Sebelum ini, Rita mendedahkan kucing kesayangannya hilang daripada jagaan seorang kenalan yang meminjam kucing itu untuk tujuan pembiakan.

Sebelum ini Kisah Kucing Kesayangan Rita Hilang.

Pelakon Rita Rudaini akui usaha mencari kucingnya bernama Pekan yang hilang pada penghujung minggu lalu masih diteruskan sehingga kini.

Rita berkata laporan polis sudah pun dilakukan selain usaha berjumpa dengan Ustaz untuk meminta doa dan petunjuk di mana hilangnya Pekan.

“Setakat ini, masih tiada apa-apa perkembangan terbaharu mengenai Pekan dan kami masih mencarinya.

“Saya sudah membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Ustaz pun saya sudah jumpa, hasil pertolongan rakan-rakan pencinta kucing.

“Tidak dinafikan ramai yang dating membantu termasuk memberi doa-doa yang sesuai untuk saya diberi petunjuk untuk mencari Pekan. Saya sangat menghargainya,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.

Beberapa hari lalu, Rita menerusi akaun Instagram (IG) memaklumkan kehilangan Pekan.

Menurut Rita lagi, dia dan anak-anakya kini sedang bersedih sehinga tiada selera makan sejak kehilangan Pekan.

“Saya memang tak keruan, mencari Pekan sampai jam 3 – 4 pagi dan pulang ke rumah waktu Subuh.

“Makan saya juga tak tentu hingga kawan-kawan perlu bawa saya makan. Menangis tu memang tidak berhenti kerana terlalu sedih.

“Saya sayang kucing saya sama macam anak saya sendiri, yang terdekat dengan saya tahu lah bagaimana saya layan dan jaga kucing-kucing saya.

“Anak saya pun begitu hingga hari ini masih bersedih.

“Saya hingga kini tidak cukup rehat dan tidur, tak tahu lah sampai bila saya akan begini,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

sumber: Mstar /Gempak /gengjoyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*