Luahan Terbaru Nonny Sempena Ulang Tahun Kelahirannya Undang Sebak

Pertalian di antara ibu bapa dan anak ialah merupakan salah satu hubungan yang paling kuat di alam ini. Kasih sayang antara lelaki dan wanita datang dan pergi, tetapi sebaik sahaja ibu melahirkan kita, hubungan antara dua insan ini akan terikat untuk sepanjang hayat.

Pelakon Nonny Nadirah meluahkan perasaan bagaimana dia bergelut selama lebih setahun mengawal emosi berikutan masalah peribadi yang pernah dilalui sebelum ini.

Dalam satu entri dalam laman Instagram miliknya, Nonny mendedahkan dia pernah memutuskan hubungan dengan ahli keluarga kerana mahu bersendirian termasuk tidak menghubungi ibunya sendiri.

“Orang nampak luaran aku kuat, sentiasa senyum gembira tetapi sebenarnya dalaman aku koyak.”

“Bila dengar dan lihat kondisi aku, ada yang melabelkan aku mild depression. Kemudian tidak habis-habis dengan sihir. Cukuplah.

“Lebih setahun aku struggle lawan diri sendiri dengan emosi. Kononnya okey, padahal tidak.

“Aku bersyukur sebab Allah beri ujian yang paling rare dalam hidup. Bukan semua orang dapat apa yang aku rasa,” ungkap Nonny.


Menerusi perkongsian tersebut, Nonny turut memberitahu dia sudah bercakap dan memohon maaf kepada ibunya sempena sambutan ulang tahun kelahiran pada 21 Julai. Dia turut meluahkan rasa syukur masih diberi kekuatan berhadapan dengan pelbagai dugaan.

Allahu semoga hubungan mereka kembali terjalin dah baik-baik sahaja.

Sumber: MHE TV via kecohbetul

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*