Netizen Terhibur Lihat Aksi Comel Si Cilik Sparring Taekwondo

Video Penuh Dibawah
Apa itu Taekwondo? Taekwondo adalah seni tempur. Martial art. Seni mempertahankan diri. ‘Tae’ bermaksud kaki atau memijak pada. ‘Kwon’ pula bermaksud genggaman tangan/kepal tangan/tinju/buku lima, penumbuk atau berlawan dan ‘do’ adalah cara/kaedah atau disiplin.

Satukan 3 perkataan ini menjadi Taekwondo iaitu satu seni tempur yang menggunakan kaki, tangan dan minda untuk melawan musuh.

” Penggunaan “kaki dan tinju tangan” atau struktur badan lain yang diwakili oleh kaki dan tangan semasa mempertahankan diri sangat efektif melalui kaedah Taekwondo.

Taekwondo telah membangun semenjak 5,000 tahun yang lalu bersama perkembangan sejarah Korea dan dipanggil dengan beberapa nama berbeza sepanjang era tersebut.

Di Korea, Taekwondo mula-mulanya dikenali sebagai seni mempertahankan diri yang dipanggil “Subak” atau “Taekkyon”, dan dibangunkan sebagai kaedah latihan fizikal dan minda di dalam era pemerintahan kuno Koguryo, di bawah nama “Sunbae”.

Semasa era Shilla, seni tempur ini dijadikan tulang belakang kepada institusi Hwarangdo yang berperanan melahirkan pemimpin kerajaan yang berkebolehan pada masa itu.

Taekwondo boleh dicirikan dengan pelbagai uniti iaitu uniti tubuh badan, minda, kehidupan, uniti seni gaya (“poomsae” atau “bunga silat”), uniti konfrontasi dan uniti pecahan atau patahan.

Bila seseorang menggunakan/melakukan Taekwondo, dia harus berfikiran tenang dan menyelaraskan mindanya dengan pergerakan yang dilakukan dan memperluaskan penggunaan keharmonian ini dalam kehidupan dan tatacara sosial.

Di bawah ini adalah video si cilik ‘sparring’ dalam gelanggang acara taekwondo. Tidak dapat dipastikan untuk kejohanan atau program apa. Namun apa yang telatah dan aksi mereka telah menghiburkan penonton.

Video berdurasi pendek itu memaparkan kedua-dua peserta cilik taekwondo saling berentap sambil pengadilnya pula seorang wanita, cikgu atau mak dia barangkali hihihi..

Malah turut mencuit hati apabila kedengaran suara lelaki dipercayai bapa kepada salah seorang peserta cilik tersebut. “Umar tendang la umar, bukan lompt” jerit lelaki itu.

Rata-rata netizen terhibur melihat aksi si cilik itu ‘bertarung’ biarpun sekadar melompat-lompat. Biasalah kanak-kanak lagi mungkin masing-masing tak sampai hati nak tendang hehehe.

Sumber: klip.viral via Mamakusyg

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*