Nelayan Ini Menangkap Ikan Berdaging Biru Spesis Yang Unik

Bagi anda yang suka makan ikan, pasti anda tahu bahawa daging ikan warnanya putih atau merah seperti tuna? Tetapi adakah anda pernah melihat daging ikan berwarna biru kehijauan?

Beberapa hari yang lalu, seorang nelayan menangkap seekor ikan di dasar laut. Apabila dia memotong ikan yang ditangkapnya, dia tidak menyangka bahawa daging ikan itu berwarna biru!

Dia segera memuat naik video yang dirakamnya ke media sosial yang menyebabkan ikan ini menjadi perbualan hangat.

Melalui video itu, dapat dilihat bagaimana nelayan telah menangkap ikan tersebut. Seorang nelayan memegang lampu suluh dengan sebelah tangan dan satu tangan lagi memegang tombak ikan (speargun).

Dia segera menangkap ikan yang bersembunyi di antara batu-batu. Selepas itu, dia segera kembali ke darat dan memotong ikan itu. Setelah dipotong, dia menyedari bahawa warna daging ikan tersebut berwarna biru! Benar-benar unik!

Nelayan itu berkata: “Ikan yang unik ini dipotong dan dimakan pada hari yang sama”. Video tersebut telah ditonton lebih daripada 40,000 tontonan!

Persoalannya, mengapa daging ikan ini berwarna biru? Ikan ini sebenarnya ialah ikan Lingcod, iaitu sekitar 20 peratus dari ikan-ikan ini mempunyai daging berwarna biru atau kehijauan.

Warna ini terhasil disebabkan oleh makanan yang dimakan oleh ikan itu ialah klorofil. Nelayan ini sangat bertuah!

Tonton video di bawah:

 

Sumber: kucinghitamm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*