Nama Shuib Dia Yang Bagi Luahan Perjalanan Hidup Shuib Bersama Jep Buat Ramai Sebak

Pasti ramai yang mengenali dengan kumpulan Sepahtu, antara Shuib dan Jep yang mana sudah cukup terkenal dalam industri tanah air dengan lawak-lawak yang buat ramai tak kering gusi.

Namun, siapa sangka disebalik kejayaan dua pelawak ini sebenarnya ada kisah sedih yang dikongsi oleh Shuib menerusi laman Instagram miliknya yang menjadi tumpuan peminat mereka malah membuat ramai sebak membacanya.

Kenal hampir belasan tahun..

Kenal hampir belasan tahun, dari kami hanya punya cita-cita untuk semua yang ada sekarang, cita-cita nak jadi artis tersohor kononnya.. Semuanya terjadi dalam sekelip mata.. semuanya dengan izin Allah.. Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu, nama Shuib dia yang bagi dan lekat sampai sekarang.. Dia kata nama tu sesuai untuk aku..

Lalu susah sama2, kerja tempat yang sama, pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi, tengok cabin crew tarik beg naik kapal.. putih mata sebab hanya mampu cakap “hi”..

Sahabat dunia akhirat.. Sepahtu.. Dua yang menyatu..

Dalam pada itu, Shuib berkata bahawa semua tidak percaya dan tidak pernah percaya bahawa mereka berdua akan pergi ke Kuala Lumpur malah siapa sangka mereka kini sudah menetap di KL.

Rezeki tak salah alamat..

Masih pegang cita2 dan impian yang sama, panjat audition sana sini lebih dari lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yang dua budak ni akan pergi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat, dia sampai mesti sampai..

2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kahwin, aku anak 3 dia dah kahwin dan ada anak jugak… Terlalu banyak perkara yang dikongsi bersama.. Dan yang paling MAHAL adalah persahabatan yang semakin matang dari banyak sudut!!!

Terima kasih Allah..

Shuib juga bersyukur kerana dipertemukan dengan rakannya iaitu Jep, tambahnya dia jarang untuk menulis panjang-panjang namun baginya, ada ‘sesuatu’ menerusi foto yang dikongsi yang kini telah meraih hampir 30 ribu likes itu.

Terima kasih Allah pertemukan dengan insan hebat ini @jepsepahtu.. jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tapi gambar ini seakan ‘sesuatu’.. Sesuatu yang pastinya adalah hukum alam. Pasti dan pasti tapi tak tau siapa.. Tapi yang pasti dan pasti..

Siapa pun antara kita pergi dahulu, kenangan kita, susah senang, gelak tawa, bertekak bergaduh, jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini.

Netizen sebak

Sulamlah persahabatan secantik cantik nya..

Sumber: Shuib Sepahtu via himpunanceritalawak.com

Kredit media ohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*