Mungkin Ramai Yang Tak Tahu Inilah 10 Wajah Anak Bekas Dewi Remaja Patutlah Semua Comel Dan Berbakat

Anak merupakan satu anugerah besar yang dikurniakan oleh Allah kepada pasangan yang sudah berkahwin. Tidak dapat nafikan anak kecil yang baru dilahirkan sangatlah suci dan kita pasti terpesona dengan kecomelan mereka.

Benarlah kata orang kalau dah ibunya cantik, mesti sedikit sebanyak menurun kepada si anak.

Begitu juga dengan barisan bekas finalis Dewi Remaja yang rata-ratanya sudah mempunyai cahaya mata. Melihat keletah comel anak-anak mereka ni buat kita rasa geram pula. Malah ada diantaranya lebih mendapat perhatian di media sosial berbanding ibu mereka sendiri.

Kalau dah ibunya pun dewi, anaknya mestilah macam prince dan princess kan? Hiks!

Dibawah kami kongsikan 10 gambar wajah-wajah comel anak bekas Dewi Remaja Ini.

1. Syatilla Melvin

maiha7818

Comelnye.. Hsem boy

sayidahsalleh

Kulit hampaaaaaaaaa lawa

2. Rebecca Islam

anastopa45

mommy becca mmg cun

jrm_maryam92

Cantik sgt❤

3. Ramona Zamzam

4. Izreen Azminda

5. Rita Rudaini

6. Scha Al Yahya

7. Pushpa Narayan

8. Balqish Maarif

9. Deja

10. Hania Hanem Harun

Sumber: Remaja

Baca Surah Yusuf Ketika Hamil Bukanlah ‘Kaedah’ Untuk Dapatkan Zuriat Yang Comel, Tapi…

Salah satu amalan wajib mak-mak ketika hamil adalah membaca surah Yusuf sebab nak dapat anak yang comel.

Haaa… betul ke mak-mak berniat seperti ini setiap kali membaca Surah Yusuf?

Kalau ya, mak-mak kena betulkan balik sebab kupasan daripada Puan Farhana Muhammad ini menjelaskan apa kelebihan Surah Yusuf apabila ibu hamil menjadikan amalan setiap hari.

Kelebihan Baca Surah Yusuf

Melihatkan ibu-ibu hamil ghairah berkongsi tentang mengamalkan Surah Yusuf yang mengaitkan dengan usaha untuk mendapatkan anak yang mempunyai rupa paras yang comel, mengingatkan diri tentang nasihat seorang ustaz berkenaan anjuran ibu hamil membaca Surah Yusuf.

Kata Ustaz Abdul Somad, membaca Surah Yusuf ketika hamil bukanlah ‘kaedah’ untuk mendapatkan zuriat yang comel. Kerana rupa paras anak lebih bergantung kepada rupa paras orang tuanya.

Suruh Yusuf dibaca semoga dengan harapan agar anak itu akan memiliki iman seperti Nabi Yusuf yang dapat menghindari daripada godaan zina.

Sambung ustaz lagi, adalah lebih baik ibu hamil berusaha untuk khatam Al Quran sepanjang tempoh 9 bulan 10 hari itu. Ibu hamil perlulah melazimi zikir dan bacaan Al Quran.

Supaya anak yang dilahirkan akan tenang jika diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran. Kerana.. sejak dalam kandungan lagi anak tersebut sudah dibiasakan dengan bacaan Al Quran oleh ibunya.

Begitu juga apabila kita menghayati intipati kuliah daripada asatizah yang lain, tidaklah pula para asatizah menekankan surah sekian-sekian yang perlu dibaca oleh ibu-ibu hamil.

Benar, tidaklah menjadi kesalahan oleh ibu-ibu hamil untuk mengkhususkan bacaan surah-surah tertentu, namun janganlah melupakan terus ayat-ayat Al Quran yang lain.

Kebiasaannya, para asatizah menyarankan beberapa perkara apabila mengetahui si ibu itu hamil:

1) Bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.

2) Ibu hamil memperbanyakkan bacaan Al Quran dan zikir.

3) Meninggalkan maksiat, termasuklah tidak membawa balik rezeki yang haram.

4) Memperbanyakkan doa kepada Allah supaya dikurniakan anak yang soleh.

Teringat saranan Ustaz Adi Hidayat dalam salah satu kuliah keibubapaan beliau. Kata ustaz, ibu hamil ini tidak terlepas daripada rasa tidak selesa.

Jika mengalami alahan yang teruk, ucapkanlah, “Ya Allah, Engkau gantikanlah kesusahan yang aku alami ini dengan mengurniakan aku anak yang soleh dan aku bersyukur atas kurniaan itu.”

Jika melihatkan isteri tidak selesa apabila kandungan sudah makin berat, si suami ucapkanlah, “Ya Allah, Engkau gantikanlah kesusahan yang isteri aku alami ini dengan mengurniakan aku anak yang soleh dan aku bersyukur atas kurniaan itu.”

Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu hamil dalam menempuhi fasa wahnan ‘ala wahnin itu.

Semoga dipermudahkan juga urusan buat pasangan yang menanti kehadiran permata hati.

InshaaAllah.

sumber : sweetnutella

Kredit: mediaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*