Mesti Anda Tak Sangka Ringgo Kumpulan Arrow Jual Roti Canai Tapi Sekarang Ada Sesuatu Entiti Yang Menganggu Beliau

“MULANYA tak kisah sangat. Tapi apabila ia ganggu keharmonian keluarga saya dan pekerja, akhirnya saya ambil tindakan juga,” kata penyanyi Ringgo.

Ringgo atau nama sebenarnya Md Zain Ramli, 50, mengulas kejadian misteri yang berlaku Warung Zain Kilauan Emas, kendaliannya di Puchong Permai.

Katanya, kedai yang beroperasi sejak 2013 itu menyediakan menu sarapan pagi termasuk roti canai.

Bercerita lanjut, Ringgo yang pernah menganggotai kumpulan rock Arrow dan

popular dengan lagu Aku Tak Marah berkata, dia tidak tahu tujuan pihak yang berbuat demikian.

“Kedai saya taklah hebat sangat. Berniaga pun biasa saja, ada masa-masanya barulah orang ramai.

“Mungkin ada yang tak senang duduk, tak puas hati dan ada yang berdendam…. hati manusia siapa yang tahu.

“Jadi, jalan mudah yang dicari ialah menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk merosakkan perniagaan dan hidup saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dengan bantuan pihak tertentu, dia dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya ada ramai guru-guru hebat yang boleh bantu. Saya minta bantuan mereka dan kesudahannya ‘benda’ ini ‘duduk’ dalam botol,” katanya.

Katanya, selepas mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu, ia dibuang ke dalam sungai yang diyakini tidak mengganggu orang lain.

“Biarpun dah dibuang dan dibersihkan… satu masa lain ada (orang) lain yang buat (kerja) begini. Kerja saya sentiasa kena ‘bersihkan’ kedai.

“Walaupun saya bukan orang hebat, orang tetap tak puas hati dan nak menjatuhkan (saya),” katanya.

Ringgo berkata, dia berdepan pelbagai dugaan dalam mengendalikan warung itu.

Bagaimanapun, dia percaya bahawa rezeki sudah ditetapkan-Nya.

“Ini ikhtiar saya selain reda dan tawakal serahkan kepada Allah. Saya tak ambil peduli orang nak fitnah, kutuk, umpat dan sebagainya kerana saya hanya cari rezeki,” katanya.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Kredit: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*