Lelaki Ini Menyesal Kerana Terjun Ke Dalam Kolam Yang Dipenuhi Dengan Minyak

Seorang lelaki dalam pakaian renang berdiri di tepi kolam renang yang dipenuhi minyak motor pekat sepenuhnya. Bagi kita tidak perlulah sampai terjun ke dalam minyak semata-mata untuk memenangi pertaruhan. Tetapi bagi pemuda ini, dia sanggup melakukannya!

Sebaik sahaja dia keluar dari kolam, dia mula panik, tidak dapat melihat apa-apa, dan dia mempunyai masalah pernafasan

Dia mula kesal kerana melompat ke dalam kolam tersebut. Dia sedar bahawa ia bukan satu idea yang baik. Kolam yang dipenuhi minyak itu semestinya mengandungi banyak bahan kimia yang tidak sihat dan mungkin dapat diserap oleh kulit dan akhirnya akan menjejaskan kesihatan.

Dia segera meminta kawan-kawannya untuk membantu untuk membersihkannya dengan sedikit air. Minyak tersebut hampir-hampir tidak boleh ditanggalkan daripada badannya. Mereka juga bimbang dengan kesihatan lelaki itu.

Selepas gagal membersihkan minyak tadi, dia meminta kawan-kawannya menggunakan air panas tetapi keadaan semakin meresahkannya apabila tiada air panas di situ.

Terjun ke dalam minyak motor bukanlah idea yang baik dan anda jangan sesekali berfikir untuk melakukannya!

VIDEO PENUH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*