Lelaki Ini Letakkan Kertas Di Dalam Air Dan Sesuatu Terus Timbul

Video Penuh Diakhir Artikel
Persembahan silap mata adalah salah satu persembahan yang sentiasa berjaya memukau penonton sekiranya ia dilakukan dengan baik dan lancar. Fokus utama untuk menjayakan sesebuah pertunjukan silap mata adalah dengan membuatkan penonton terpukau tanpa mendedahkan helah di sebaliknya.

Kebiasaannya dalam sesebuah pertunjukan, ahli silap mata akan menggunakan pelbagai kaedah tertentu selain menggunakan bantuan ‘prop’ untuk mengaburi mata penonton. Tetapi, bukan semua ahli silap mata menggunakan prop sebaliknya, hanya menggunakan gaya dan kecekapan tangan.

Terbaru menerusi rancangan ujibakat terkenal iaitu America’s Got Talent, salah seorang pesertanya iaitu Will Tsai dari Taiwan mengagumkan penonton dengan helah silap matanya.

Sebelum memulakan persembahannya, Will Tsai telah menceritakan bahawa semasa kecil, dia pernah memelihara seekor ikan emas. Jadi disebabkan dia sangat rindu akan haiwan peliharaannya itu, Will memutuskan untuk menggunakan magik dan membawa ikan tersebut kembali ke kehidupan realiti.

Will meneruskan persembahannya dengan membakar sebatang lilin sebelum mengeluarkan sehelai kertas. Dia kemudian meminum sejenis cecair di dalam cawan yang diletakkan di atas meja itu. Sambil itu, Will telah memasukkan helaian kertas tadi ke dalam semangkuk air jernih.

Semua penonton mula mengeluarkan pelbagai bunyi selain ada yang tergamam apabila sevata tiba-tiba, seekor ikan emas yang masih hidup muncul dan mula berenang di dalam mangkuk berisi air tersebut.

Dalam sekelip mata sahaja, ikan tersebut itu muncul sekali gus membuatkan Will.

Video:

Sumber: Youtube Channel Via JMD via Mamakusyg

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*