Lan Pet Pet Mengaku Salah Dan Ini Hukuman Yang Bakal Dikenakan

PELAWAK Mazlan Ahmad, 50 atau Lan Pet Pet didend4a RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, selepas mengaku bersalah memuvkul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hukuman itu dijatuhkan sebaik pelawak berasal dari Kedah itu mengaku salah di atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.

“Kes dianggap selesai kerana pelakon ini sudah dihadapkan di mahkamah dan didenda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini pada 7 April lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun ceder4a ditumbvuk dan diterajang pelawak terbabit di perkarangan pondok pengawal di taman perumahan itu.

Dalam kejadian 8 malam, pelakon terbabit yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan berkenaan itu tanpa memberhentikan kenderaan dan menulis butiran diri dalam buku pelawat.

Pelawak yang menganggotai kumpulan Senario pada 1998 dikatakan mengejar sebuah kereta milik penduduk dan berlaku pertengkaran di hadapan sebuah rumah.

Disebabkan itu, pengawal itu menutup palang keselamatan menyebabkan kenderaan yang dipandu Mazlan tidak dapat keluar.

Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditumbuk di muka sebanyak tiga kali selain ditendang pada pinggang. Pelawak itu juga bertindak membaling batu ke arah mangsa.

Akibat kejadian, polis bertindak menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Sebelum ini,

Pelawak belasah ‘pak guard’ bebas dengan jaminan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, arahan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.

“Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman, namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin.

“Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pelawak terbabit yang memakai kemeja biru dibawa dengan trak polis ke Kompleks Mahkamah Seremban pada 8.30 pagi dan dibawa masuk ke Mahkamah Khas Reman untuk mendapatkan permohonan reman.

Sebelum itu, dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan jam 5 petang semalam.

Mohd Nor Marzukee berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, artis itu yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran, selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

“Selepas itu pengawal keselamatan menutup palang pos keselamatan dan mengejar kereta lelaki terbabit. Selang beberapa minit dia ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.

“Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik sahaja mangsa sampai lalu berlaku pertengkaran dan dia menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Harian Metro hari ini melaporkan, Yahya Manap, 70, yang juga pengawal keselamatan di taman perumahan itu bersedia memaafkan artis lelaki terbabit tetapi meminta diberi masa sehingga kesihatannya bertambah baik.

Akibat dibelasah dan ditendang artis itu, Yahya mengalami cedera pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.

Sumber : hmetro

Kredit: media ohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*