Lama tak selfie tengok wayang makan malam bersama Belum habis pantang Mawar rindu dating dengan suami

PELAKON Mawar Rashid memberitahu dia dan suaminya, Raf Yaakob sudah lama tidak melakukan aktiviti berdua semenjak kelahiran anak sulung mereka.

Menurut Mawar, 24, dia akan terasa seperti kali pertama temu janji dengan suaminya jika mereka keluar makan malam berdua.

“Tadi Mawar kata ‘dah lama tak selfie dengan abang’ lepas tu Raf jawab ‘Alaa, kesian dia’.

Mawar rindu nak keluar berdua suaminya.

“Bukannya selfie saja, dah lama kita tak buat banyak benda berdua, macam makan malam dan tonton wayang sama-sama.

“Tapi kalau kita keluar makan malam berdua mesti kita rasa macam pertama kali makan malam sekali kan? Seperti kali pertama keluar bersama,” katanya.

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini turut memuat naik gambar swafoto bersama suaminya di laman Instagram.

Mawar dan Raf menerima cahaya mata lelaki pertama yang diberi nama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Keluarga bahagia Mawar dan Raf.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati ini turut meluahkan rasa cinta terhadap suaminya.

“Sabar sikit saja okey, Anje dah nak habis pantang da. Sayang awak suami, awak adalah nombor satu saya,” ujarnya.

Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, berkahwin pada 9 November 2017.

Raf mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar via DiariDunia

Kredit: media ohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*