Kekal Cantik Pada Usia 50 Tahun Peminat Kagum Wajah Awet Muda Datin Maria Farida

28 Mac ini, genap 50 tahun usia Datin Maria Farida. Meskipun pada awalnya beliau agak segan untuk berkongsi usia sebenar, namun kerana enggan menyembunyikan hakikat tersebut daripada pengetahuan para peminat… aktres jelita ini akhirnya akur. Mengakui mula merasai perubahan diri yang dialaminya saat ini, Datin Maria bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.

Kagum dengan susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan d3k usia, persoalan tentang amalan petua sihat dan cantik lantas diajukan kepada beliau. Tenang menjawab pertanyaan berkenaan, isteri Datuk Rahman ini sambil tersenyum membuka bicara.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pend3k kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang. Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.

Di samping suami tercinta, Datuk Rahman

Pelik juga macam mana Datin Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau bakal cecah umur 50 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi pelakon Anak Mami Nasi Kandaq ini.

“Rutin harian saya, kalau ada d3kat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.

Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri d3kat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.

Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh bu4t muka gatal-gatal dan naik merah.”

Sibuk dengan mengembangkan perniagaan kosmetik miliknya, Datin Maria Farida berkata, “MF Cosmetique ini all in one. Ada eye shadow, blusher, lipstick, eyeliner, eye brow, highlighter… hanya dalam satu palet. Dunia perniagaan ini memang mencabar. Ada masa kita di atas dan kadang kala di bawah.

Jadi cabaran yang terpaksa saya lalui sekarang adalah untuk mendapatkan lebih ramai agen dan stokis memandangkan produk saya ini masih baru di pasaran. Bukan mudah hendak bahagikan masa di antara kerjaya usahawan dan aktres. Tapi alhamdulillah, ramai yang menyokong dan membantu.”

terdahulu.. TAMPIL melancarkan produk kosmetik keluarannya bawah jenama MF Cosmetique, pelakon jelita, Datin Seri Maria Farida, 48, bersyukur kerana penat lelahnya selama setahun melakukan kajian dan pembangunan (R&D) membuahkan hasil.

Memilih untuk mengeluarkan palet alat solek yang dinamakan Glamrush, Maria yang dikenali kerana kecantikan tidak menafikan pemilihan produk itu disebabkan dirinya yang gemar kelihatan cantik sepanjang masa.

Menurutnya, tidak semua orang mempunyai waktu yang cukup untuk mengoles solekan pada wajah lantaran kesibukan diri menguruskan rutin harian.

“Oleh itu, palet Glamrush yang saya hasilkan ini merupakan set alat solek yang lengkap serba-serbi. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja, malah saiznya yang kompak menyenangkan pengguna untuk menyimpan di dalam beg tangan mereka.

“Bahkan, belum ada lagi produk sebegini yang memuatkan semua jenis bahan solekan dalam satu palet. Ada gincu, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya.

“Bukan itu sahaja, harganya juga berpatutan. Hanya RM198 sahaja setiap satu,” katanya yang ditemui usai majlis pelancaran produk itu baru-baru ini.

Tambah Maria, menghampiri usia hampir setengah abad, dia sedar setiap orang akan dimamah usia.

“Bezanya lambat atau cepat. Wanita terutama perlu tahu langkah-langkah penjagaan kulit wajah yang betul agar sentiasa kelihatan segar.

“Alat solek sekadar menambahkan lagi seri wajah. Pemakanan perlu dijaga sebaik-baiknya untuk tampil sihat, di samping melakukan senaman sesuai agar kelihatan bertenaga,” katanya berkongsi petua.

Dalam pada itu, Maria berterima kasih kepada suaminya, Datuk Seri Abdul Rahman Shakur yang menjadi tulang belakang memastikan MF Cosmetique direalisasikan.

“Setakat ini, ada beberapa perancangan t3l4h disusun untuk menjamin masa depan perniagaan yang lebih dinamik dan berterusan.

“Kami juga mempunyai rencana untuk mengeluarkan produk kosmetik lain selain set alat solek ini. Kena tunggu masa yang sesuai,” katanya.

Lebih setahun berhenti berlakon

Tidak mahu fokus terhadap kelahiran ‘bayi sulungnya’ terganggu, Maria mendedahkan bahawa kehilangan kelibatnya dari lapangan seni lakon sejak kebelakangan ini adalah disebabkan perniagaannya itu.

Atas nasihat suami yang merupakan ahli perniagaan, Maria berkata, lelaki itu banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk bergelar seorang usahawan.

“Dia tahu akan selok-belok dunia perniagaan, manakala saya pula ada sedikit pengetahuan tentang kecantikan. Jadi gabungan kami ini diharap mampu membina empayar perniagaan yang gemilang.

“Sebab itulah saya beritahu pengurus untuk menolak setiap tawaran berlakon yang hadir supaya boleh memberi tumpuan penuh.

“Alhamdulillah, tempoh yang ditetapkan t3l4h pun berlalu dan akhirnya kini saya bakal kembali semula berlakon,” katanya.

Bagaimanapun, bu4t masa ini Maria sedang memilih untuk pembabitannya dalam beberapa produksi drama dan akan membu4t keputusan dalam masa terd3kat.

Maria berkata, sebelum ini terlalu banyak halangan yang ditempuhi untuk mengeluarkan produk tersebut termasuklah berulang-alik ke kilang bagi melakukan pemantauan terutama terhadap kualiti.

“Beberapa kali juga saya menukar formula supaya alat solek dihasilkan bermutu tinggi dan tahan lama. Alhamdulillah, berkat kesabaran, semua itu berjaya diperoleh,” tambahnya

Foto: Instagram Datin Maria Farida dan utusan malaysia / layansudah via Otak Bulu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*