Izara Aishah Dedahkan Rahsie Yang Disimpan Selama Ini

Pelakon Izara Aishah antara selebriti yang mempunyai rupa wajah menawan dan kecantikan semula jadi ditambah pula dengan kulitnya yang putih. Tetapi jika dibandingkan pada awal kemunculannya dengan sekarang, bibirnya kini kelihatan berbeza.

Izara Aishah Mengaku Suntik Bibir Untuk Lebih Mugil

Baru-baru ini menerusi Twitter, Izara mendedahkan kepada umum dimana dia telah melakukan suntikan untuk menjadikan bibirnya lebih seksi dan mugil.

Tidak mahu berpura-pura, Izara memberitahu pada awalnya dia bimbang untuk mendedahkan perkara itu kepada peminat-peminat kerana khuatir tindakannya itu nanti akan dikecam teruk.

Katanya lagi, dia ingin mencuba sesuatu yang baru dan menjalani rawatan tersebut beberapa bulan lalu. Bagaimanapun Izara menjelaskan rawatan bibir itu bukanlah selamanya tetapi hanya sementara.

Pendedahan Izara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakannya. Kata netizen lagi, Izara tidak perlu menjalani rawatan tersebut kerana dia sememangnya sudah cukup cantik dan lebih suka dengan penampilannya yang dulu.

Sumber: Rotikaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*