Isu Gas Metana Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tak Kebal

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Susulan insiden pencemaran itu, ramai yang menjadi mang sa akibat terhidu gas bera cun sehingga mengalami sesak nafas.

Seperti yang diketahui, kandungan gas metana yang terlalu tinggi di udara boleh membawa maut. Insiden itu turut mendapat perhatian bekas anggota kumpulan In Team, Suhaimi Saad yang dilihat sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan provokasi.

Dalam kenyataan itu Suhaimi mengatakan bahawa vaksin bukanlah segala-galanya. Kenyataannya itu mengundang kecaman netizen yang mengatakan bahawa gas metana adalah bahan kimia dan tiada kaitan dengan pengambilan vaksin.

Netizen turut marah di atas kenyataan Suhaimi itu yang dilihat mempermainkan isu tersebut. Kata netizen lagi, tujuan vaksin adalah untuk menghalang sesetengah penyakit bukan bahan kimia.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyifatkan Suhaimi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan insiden tersebut.

Malah ada netizen mengatakan, Suhaimi sanggup mempergunakan agama semata-mata untuk menegakkan fahamannya. Kata netizen lagi, jika tidak mampu berkata perkara yang baik-baik adalah lebih baik jika mendiamkan diri.

Kredit: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*