Identiti IG Makcik Puaka terbongkar Fizz Fairuz minta bersemuka

Masih belum reda lagi, pelakon Datuk Fizz Fairuz sebelum ini menggesa supaya pemilik akaun Instagram @makcikpuaka membuat permohonan maaf selepas IG tersebut dikatakan telah mengundang ftnah terhadap dirinya.

Difahamkan, IG gosip tersebut telah membuat permohonan maaf kepada pelakon tersebut menerusi IG story, berkenaan tuduhan yang mengatakan Fizz Fairuz terlibat dalam skandal kh4lwat di Terengganu.

Walau bagaimanapun, pelakon tersebut enggan menerima permohonan maaf itu dan mahu pemilik akaun itu datang sendiri berjumpanya.

70 peratus identiti Makcik Puaka dikenal pasti

Pelakon itu mendedahkan, kini identiti sebenar pemilik akaun @makcikpuaka sudah 70 peratus berjaya dikenal pasti dengan bantuan beberapa pihak tertentu.

Orang industri juga sebenarnya…

Ketika ditemubual, Fizz Fairuz masih belum mahu mendedahkan individu terbabit atas nasihat peguam, namun memberi petunjuk bahawa pemilik IG tersebut adalah di dalam kalangan orang industri hiburan juga.

Pelakon tersebut memberi tempoh sebelum tengah malam ini bagi individu terbabit membuat permohonan maaf, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemilik akaun tersebut.

Tidak mahu mengaibkan sesiapa, semoga perkara ini menjadi iktibar supaya tidak sewenang-wenangnya berita palsu disebarkan tanpa usul periksa. Sumber : Astro Gempak

Komen netizen

Mkcik puaka ni buat kje lebih cepat dri wrtawan..

Aku ada follow jgak makcik puaka ni,mmg puaka mulut dia.. Berita apa2 cepat je post 😂,rasakan nak membawang sngtkan berpuaka lah kau…

Terfikir benda yg sama juga,mgkin org dlm industri tu juga..tak kan org awam biasa2 ni nak siasat smp lubang cacing pasal artis2 .byk benda lain nak kena buat.aku setakat membawang kt fb boleh la.

eh² dah disable ke akaun ig makcik puaka tu 😌 ? asal tengok story je , berlambak gosip dah ada yg sampai jatuh f1tnah .


Kredit Artikel: Memori Kita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*