Hey You Hijabista You Biadap You No Mannerss You, Watak Kak Su Telah Jadi Popularkan Nama Reen Rahim

Nama pelakon cantik, Reen Rahim kian menjadi sebutan kerana wataknya dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.

Memegang watak sebagai Kak Su, lakonan yang dipaparkan oleh Reen sangat menjadi.

Malah, beberapa dialog yang dituturkan oleh Reen dalam drama bersiri itu turut tular di media sosial.

Menerusi laman Twitter, sedutan babak karakter Kak Su yang memarahi watak Nadine lakonan aktres Sarah Hildebrand menjadi sebutan netizen.


Rata-rata netizen memuji watak terbabit dan menggemari cara lakonan Reen yang meninggalkan kesan di hati penonton

weh aku perasan tweet ni siang tadi tapi tak perasan hang tau dak, bila muncul lagi sekali kat tl aku baru perasan hang weh teruih i rt tanda support dan scene ni memang fani terox 😂

TRUUUE WEHHH TRUE SANGAT. NI MCM DEFINISI PANDAI BERLAKON TAK KAYU KAN WEH TOLONGLAH CAKAP YE. sbb dia ngan mira filzah berlakon adik beradik menjadi. Mmg mcm adik beradik.

watak dia semua masuk akal.watak kak su dia punya real tu serius mcm kita dok melawak adik beradik,tiara pulak kalau org serang dia,dia lawan balik tak diam mcm watak2 lain ‘tak payah buat air lah kakak’😂😂!!pali psycho tapi lawak❤️ahh semua bleh terima la!!

HAA KAU JANGAN KAU JANGAN DIA NAK SILAT DAH NII HAA BUKAK KEKUDA DAH NII KAU JANGAN SAMPAI DIA GANGNAM KAUU 😂😂😂😂

Video

Watak Kak Sue

Posted by Virallaju.com on Thursday, January 10, 2019

You ingat you dengan baju harimau bintang you I takut?!😂😂😂

Reen rahim bawak watak dia sebijik mcm kakak in real life je. Dia punya garang, protect adik, suka ngusik. Real betul 😂😍💯

Selain Reen dan Sarah, Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Sumber astro gempak.

Biodata Sarah Hildebrand, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Selain Reen dan Sarah, Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Sumber astro gempak.

Biodata Sarah Hildebrand, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Biodata
Nama penuh: Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand

Nama popular: Sarah Hildebrand, Tarikh lahir: 18 Ogos 1990, Umur: 28 tahun, Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia. Pekerjaan: Pelakon, pengacara, personaliti fesyen, model dan duta

Media sosial: Instagram @sarahhildebrand

Fakta Menarik
Berdarah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu. Berketinggian 5 kaki 4 inci.

Anak kepada pasangan Jeffrey L. Hildebrand (bapa) dan Che Arbi Hashim (ibu). Pernah tinggal di Arkansas, Amerika Syarikat (AS) bersama bapanya selama tiga tahun.

Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013. Memiliki wajah pan-Asia. Dikatakan mempunyai raut wajah iras aktres Hollywood, Kirsten Dunst.

Pemenang program realiti Gadis M2 yang berlangsung pada tahun 2013. Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

Kerjayanya bermula pada tahun 2015 yang awalnya hanya menjayakan watak-watak kecil di televisyen mahupun filem.

Lakonan pertamanya menerusi telefilem Hujan Pagi, membawakan peranan sebagai Ati. Diikuti telefilem Jalan Singkat Ke Syurga dan Dia Imamku. Tidak ketinggalan tampil dalam drama Suami Tanpa Cinta, Nafas dan Pujaan Hati Kanda.

Pembabitan dalam filem menerusi Mirip dan Muluk & Konco. Turut menjayakan video muzik lagu Hujung Waktu (Azhael) dan Rindu (Shae), serta muncul dalam iklan Perfecto Snacks dan Nouvelles Visages.

Penampilannya dalam majalah, antaranya di InTrend, EH! dan Hijabista. Pernah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dirinya tidak boleh pergi jauh dalam industri hanya kerana memiliki nama yang kononnya pelik dan sukar disebut.

Video:

Di awal kemunculan, Sarah mengakui mempunyai kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu kerana tinggal dalam tempoh yang lama di Amerika Syarikat. Sumber iluminasi.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @talamkeladii untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

sumber cokelatputih via kakihavoc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*