Gambar Terbaru Mereka 6 Pelakon Kanak2 Yang Pernah Popular Dan Sangat Comel

Rasanya tak lengkap industri seni di negara kita ini tanpa bakat cilik daripada pelakon atau penyanyi kanak-kanak.

Kali ini MH mahu kongsikan enam pelakon kanak-kanak popular yang kini sudah meningkat dewasa.

1) Fara Nadiah  ( gambar di atas)

Mungkin nama Fara Nadiah ini tidak begitu dikenali tetapi jika lihat wajahnya pasti anda kenal dengan pelakon cilik ini yang sangat popular dalam drama-drama melayu suatu ketika dahulu. Kini Fara sudah berusia 16 tahun dan semakin meningkat dewasa.

Jika sebut nama orang tak berapa kenal pelakon kanak kanak ni tapi rasanya kalau tengok gambar ramai yang kenal. Seorang budak yang berkulit hitam manis, hidung mancung & berbadan kurus. Banyak muncul dalam drama2 melayu satu ketika dulu. Antara drama yang pernah di lakonkan adalah Ku Petik dosa. Drama tu dia pegang watak sebagai kanak kanak yang menjadi mangsa seksual oleh suami kepada pengasuhnya.

2) Erin Malek ( gambar di atas)

Kalau anda masih ingat Erin Malek merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak yang dicungkil bakatnya menerusi filem Tentang Bulan dan sejak dari filem itu namanya semakin mendapat tempat di dalam industri. Meski sudah kurang aktif berlakon kerana komitmen keluarga, namun Erin sudah pun mengumpul peminat sendiri.

Sementara itu Erin telah memilih untuk berkahwin di usia muda memilih pasangannya Farriz Fauzy. Bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, kejelitaan Erin terserlah apabila mengenakan persalinan pengantin berwarna merah. Memang jelas menaikkan lagi aura pengantin baru. Manakala Farriz tampil segak dengan memakai kot serba putih. Memang bak pinang dibelah dua.

3) Aedy Ashraf  ( gambar di atas)

Sebut sahaja nama Aedy Ashraf pasti ramai yang masih ingat dengan lakonannya semasa di zaman kanak-kanaknya menerusi karakter Asmawi dalam filem Tentang Bulan pada 2006. Kini Aedy dilihat sudah semakin meningkat dewas dan menjadi perhatian gadis-gadis kerana ketampanan yang dimilikinya.

Meskipun 10 tahun telah berlalu, segelintir peminat dan penggiat industri beranggapan bahawa Aedy masih dalam lingkungan usia kanak-kanak dan jarang mendapat tawaran watak utama.

Sedar skeptikal yang seperti melekat pada dirinya, jejaka berkumis nipis itu tidak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Dia sebaliknya berusaha mengubah penampilan agar kelihatan seperti lelaki dewasa, seiring usianya yang kini mencecah 24 tahun.

4) Ezzrin Loy  ( gambar di atas)

Nama Ezzrin Loy mula popular menerusi siri komedi Ayadd yang disiarkan pada tahun 2008 dan sejak itu pelakon kanak-kanak yang juga merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy ini dilihat semakin meningkat naik namanya dalam industri.

Selain banyak muncul menerusi watak komedi, Ezzrin pernah mendapat pujian apabila berjaya membawa peranan yang lebih mencabar seperti kanak-kanak hyperaktif dalam drama Nenek Dara serta persembahan mengejutkan dalam drama Anak Rintih. Beliau juga muncul dalam siri TV Qalesya yang turut dibintangi kakaknya.

5) Fatin Afeefa  ( gambar di atas)

Ini seorang lagi pelakon kanak-kanak yang mula terkenal menerusi filem Tentang Bulan bersama Aedy Ashraf dan Erin Malek. Fatin masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan yang terbaru dia merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Red Velvet bersama Neelofa dan Alif Satar.

Pada 21 Disember 2013, pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan iaitu Fatin Nur Afifah bersama seorang lagi pelakon iaitu Adam Shah.

Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Fatin Afeefa memfailkan cerai terhadapnya pada 15 Mei 2017. Sementara itu, Adam berkata, dia bersyukur masih dapat menjalinkan hubungan baik dengan Fatin demi membesarkan dua cahaya mata mereka iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

6) Syafie Naswip  ( gambar di atas)

Bakat Syafie Naswip dalam lakonan memang tidak dapat dinafikan dan bakatnya ini telah dicungkil Allahyarhamah Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin pada tahun 2007. Syafie juga telah menerima anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 melalui filem Mukhsin.

Beliau turut mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk pelakon lelaki terbaik bagi watak Ilham di dalam drama Ilham Suci tulisan Nor Faznita Md Nor pada usia 16 tahun.

Sumber: mediahiburan via Newscoviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*