Duet dengan Sarah Suhairi pelajar ini sebenarnya bukan biasa biasa pernah dapat peluang ke kejohanan dunia

GARA-gara terlalu berani untuk menyanyi di khayalak ramai bersama penyanyi terkenal, seorang pemuda sekelip mata menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang mula tular pada Ahad, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menawarkan diri untuk berduet bersama penyanyi Sarah Suhairi selepas peluang itu diberikan kepada hadirin oleh dua pengacara program, Sherry Alhadad dan Haziq Hot FM.

Walaupun mengakui gementar, tetapi persembahan duetnya menyanyikan lagu Jampi oleh Hael Husaini di samping kumpulan Caliph Buskers mendapat sorakan dan tepukan gemuruh.

“Thank you!!! @sarahsuhairi @sherry_alhadad dan @caliphbuskersofficial. Tak pernah dapat peluang macam ni, tiba-tiba pengacara tanya siapa nak nyanyi?

“Aku dengan sengalnya angkat tangan memandangkan tiada yang angkat. Muka baru habis program dengan baju belang gitu, rambut tak terurus, kaki memang bergegar, jantung laju memang tak boleh cakap,” demikian tulisnya di laman sosial Instagram sebelum posting videonya itu tular.

Firdaus berpeluang menyanyi bersama penyanyi Sarah Suhairi selepas membuat persembahan. Foto ihsan Muhammad Firdaus Abdul Rafi

Pemuda berkenaan, Muhammad Firdaus Abdul Rafi, 20, berkata, sebelum mula menyanyi, dia mencuba nasib untuk mempelawa kumpulan Caliph Buskers untuk turut serta dalam persembahan itu.

“Saya nampak ada Caliph Buskers, jadi kenapa tidak saya ajak sekali mereka untuk ‘back up’. Lagi syok kalau mereka ada sekali.

“Saya pusing belakang dan pandang kat Azmi (vokalis Caliph Buskers), saya tanya ‘Azmi, boleh tak kasi D minor?’, kod lagu untuk permulaan lagu Jampi. Sherry masa tu apa lagi, ‘membahan’ (menyakat) sayalah,” kata anak jati Johor Bahru ini kepada mStar.

SAMA TAPI TAK SERUPA… Lagu Jampi nyanyian Firdaus mendapat pujian daripada penyanyi asal, Hael Husaini.

Persembahan Firdaus bersama Sarah Suhairi dan kumpulan Caliph Buskers itu adalah bersempena program showcase Muzik-Muzik 34 di ruang legar Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, kampus utama UiTM di Shah Alam pada Sabtu.

Dayang Nurfaizah dulu pun ambil masa dan cuba macam-macam untuk jadi seperti sekarang. Dia penyanyi yang cukup hebat.

Tidak lama selepas videonya tular dan mendapat pujian ramai, Hael Husaini yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut juga memuji pemuda ini kerana menyanyikannya dengan baik: “Good one brotha, go chase your dream. All best (Baik sekali brotha, kejar impian kamu. Semoga semua berjalan dengan baik)”.

Sarah Suhairi turut memberi komen dengan memberi kata-kata semangat: “Long way to go. Keep it up (Perjalanan masih panjang, teruskan usaha).”

Firdaus memperoleh biasiswa daripada penyertannya dalam pertandingan Malaysia Championships of Performing Arts (MCOPA) 2018.

Walaupun videonya baru tular, bakat Firdaus sememangnya ‘bukan biasa-biasa’, malah telah diiktiraf kerana dia pernah memperoleh pingat gangsa dalam pertandingan Malaysia Championships of Performing Arts (MCOPA) 2018, April tahun lalu.

Selain itu, Firdaus yang meminati penyanyi antarabangsa Bruno Mars dan Lady Gaga menerima biasiswa bernilai AS$1,500 (RM6,172) yang membolehkannya menyertai World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2018 di Amerika Syarikat, tahun yang sama.

Seperti penyanyi Wani Kayrie yang turut menerima biasiswa yang sama ketika itu, Firdaus yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ini terpaksa melupakan hasratnya untuk menyertai kejohanan dunia itu kerana memerlukan kos yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan di sana.

”Biasiswa yang dapat tak cukup untuk tampung perbelanjaan. Tambahan pula ketika itu saya perlu menduduki peperiksaan,” katanya.

Firdaus dan Wani Kayrie (kanan) memperoleh biasiswa yang memberikan mereka berpeluang untuk menyertai World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2018 di Amerika Syarikat.

Namun, ia tidak mematahkan semangat anak sulung daripada enam beradik itu untuk bergelar bintang suatu hari nanti seperti penyanyi pujaannya, Dayang Nurfaizah.

“Dayang Nurfaizah dulu pun ambil masa dan cuba macam-macam untuk jadi seperti sekarang. Dia penyanyi yang cukup hebat.

“Saya amat berharap untuk berjumpa dengan Dayang Nurfaizah suatu hari nanti. Kalau berpeluang berduet dengan dia, saya rasa ia adalah pencapaian dalam nyanyian yang tidak ternilai,” katanya. Sumber mstar

Kredit: MemoriKita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*