Dituduh Sengaja Tayang Foto Spenda Sherry Ibrahim Tampil Beri Kenyataan

GETAH SELUAR SHERRY IBRAHIM UNDANG PERBALAHAN NETIZEN

Pelakon Sherry Ibrahim telah menerima teguran netizen gara-gara sekeping foto yang dimuatnaik di laman Instagram. Ia berikutan getah pada seluar jeans biru yang digayakan Sherry lebih menonjol dan kelihatan seakan-akan seluar dalam.

Mereka menegur pernampilan pelakon drama ‘Syurga Yang Kedua’ ini dan bertanya sama ada getah putih dengan cetakan jenama antarabangsa itu adalah getah seluar jeans atau seluar dalam.

“Getah spenda (seluar dalam) ke? Jenama spenda pun nak tunjuk ke? Hahaha ok bye. Orang sekarang suka tunjuk diri untuk dikecam. Kenapa ya? Macam tak sesuai je, sengaja kot nak tunjuk,” kata netizen.

Bagaimanapun, masih ada pengikut yang mempertahankan Sherry dan menegur sikap netizen yang gemar mengecam di laman sosial.

 

“Ala, kolotnya otak manusia Melayu ni, takkanlah getah spenda. Kalau boleh semua nak dijadikan cerita. Pantang!,” ujar netizen mempertahankan aktres berkenaan.

“Getah seluar jeans tu kut. Tak mungkinlah getah spender. Apalah… fikir positif you all,” tambah mereka lagi.

Menerusi muatnaik itu, Sherry menulis kapsyen mengenai fesyennya mengenakan baju dengan warna neon. Bagaimanapun, nampaknya gaya seluar tersebut lebih menarik perhatian netizen.

“Saya Minta Maaf Kalau Tak Sedap Mata Memandang, Sebenarnya…” – Sherry Ibrahim Ulas Foto Seperti Tayang Seluar Dalam

Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim memohon maaf sekiranya foto yang dimuat naiknya menerusi akaun Instagram (IG) semalam megundang rasa tidak selesa di kalangan netizen.

Menurut Sherry, bahagian yang kelihatan seperti seluar dalam seperti yang didakwa oleh ramai netizen sebenarnya getah ‘tights’ yang dipakai di bahagian dalam seluar jeansnya.

“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.

“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.

“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya,” jelasnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Sherry turut mengatakan dia tidak mahu memadam foto itu dari akaun IGnya.

“Saya tidak mahu memadam gambar itu, ia bukanlah keterlaluan, terasa sayang untuk memadamnya,” tuturnya menutup bicara.

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sherry Ibrahim via astro gempak via viralgempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*