Dato Vida Dedahkan Ada Anak Angkat Yang Dijaga Dari Usia 14 Hari. Tapi Tak Sangka Plak Cik B Boleh Sound Dato Vida

Kalau sebut nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, mungkin tak ramai yang kenal. Tetapi bila sebut nama Cik B, pastinya ramai yang tahu ia adalah nama

panggilan manja anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida.

Selain Cik B, Dato’ Vida juga mempunyai seorang lagi anak lelaki yang bernama Muhammad Eric Zacquan atau lebih dikenali dengan nama Kacak. Rata-rata ramai

yang mengetahui, Dato’ Vida pernah kehilangan 2 orang anak lelakinya yang terk0rban akibat keb4karan rumahnya pada tahun 2013.

Untuk pengetahuan Cik B tidak suka melawa seperti ibunya yang seperti seorang ‘diva’. Dia lebih selesa memakai pakaian yang santai daripada menghias diri seperti

anak gadis yang lain yang seusia dengannya.

Sebelum ini ramai yang memberi kritikan kepada Cik B yang berkulit gelap tidak seperti ibunya. Menurut Dato’ Vida, Cik B adalah seorang anak yang lasak.

Dia lebih suka menjalani kehidupan yang normal sama seperti kanak-kanak lain, termasuk bermain dan bersukan di bawah cahaya matahari. Cik B enggan

membiarkan perniagaan ibunya menghalang dirinya untuk terus menjadi dirinya sendiri.

Menurut Dato’ Vida, semasa kecil Cik B putih orangnya. Tak apa Cik B, biar kulit gelap asalkan bukan hati yang gelap.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Vida mendedahkan dia mempunyai seorang anak angkat yang bernama Amanda yang dijaganya sejak usia Amanda 14 hari.

Amanda kini berusia 6 tahun.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Dato’ Vida, Cik B sedang menyuap adiknya makan. Terserlah kasih sayang Cik B kepada adiknya itu ketika Cik B menyuap

adiknya itu dan mengusap rambut Amanda.

Namun tak sangka setelah beberapa kali Dato’ Vida menyebut perkataan ‘anak angkat’, Cik B mengatakan sesuatu kepada Dato’ Vida.

Jom tonton video di bawah :

” Sy ni mmg tak pernah upload pasal Anak angkat.. Saya pelihara dari umur 14 hari.. Mmg byk dugaan.. tapi tak kisah.. “

” Saya panggil anak angkat,  Cik B marah. Mulia hati Cik B.. Yg lain lain bole bg.. “

” Yg kisahnya.. sy kurang bg kasih sayang.. Sebab saya sendiri tak de kasih sayang.. Ha ha.. “

Rata – rate netizen memuji Cik B yang berhati baik. Antara komen-komen netizen :

” Sangat suke klo cik B mrh psl pening tengok mak die punya perangai… love cik B.. “

” Terbaik cik bie saon mama… psl anak angkt… mmg padu.. “

” Mulia nya hati Cik b. Teruskan sikap baik sebegitu. Auntie minat sama Cik B.. “

” Baiknya cik B, pandai dia jaga adiknya.. marah bila dato sebut ank angkat… walaupun cik B muda.. tapi dia matang dan baik hati.. “

” Baguslah cikbi ni.. Matang pemikiran cara ckp.. Level of confidence pun tinggi.. “

” Alaaa siannyee @datoserivida kurang kasih sayang gak ker…. Hehheh.. Marah cik b tuuu….mai laa @datoserivida sy bagi kasih sayang… Mmmuuaahh mmmuuaaahhh.. “

” Bangga sngt dengan Cik B… pandai Cik B menjaga perasaan adik kecil tu… semoga Cik B sentiasa merendah diri dan hormat dgn org lain.. muahh Cik B.. “

Alahai Cik B, baiknya hati Cik B. Pandai jaga adik dan juga perasaan adik. Teruskan menjadi anak dan kakak yang baik. Walaupun baru berusia 14 tahun, tetapi Cik

B sangat matang memikirkan mana yang baik. Semoga Allah permudahkan semua urusan Cik B dan memberi kejayaan kepada Cik B. Amin..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber Mamakusyg via BD Winner

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*