Dato Siti Nurhaliza Jawab Didakwa Pakai Busana Ciplak

Busana yang disarungkan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada majlis Nona Superwoman Award baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Rekaan ciptaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini itu menjadi bualan netizen kerana ia kelihatan sangat mewah dan sangat bersesuaian dengan Siti.

Namun begitu, sebuah akaun Instagram yang sering bercerita mengenai topik fesyen, @fash_observer memuat naik busana yang disarungkan oleh Siti dan membandingkannya dengan rekaan pereka fesyen antarabangsa kelahiran Lebanon, Ziad Nakad.

“Rizman Ruzaini 2018 vs Ziad Nakad 2017 #FashionPolice,” tulis akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Siti yang mengikuti akaun Instagram terbabit turut meninggalkan respon di ruangan komen.

“Hahaha… Hebat mencari,” tulis Siti.

Membalas komen Siti, pemilik akaun @fash_observer itu memuji penampilan Siti dan mengucapkan tahniah kepadanya.

“@ctdk while looking stunning last night, congratulations untuk dua awards yang Datuk Seri terima. You deserve it. #SitiZoners,” balas @fash_observer.

Namun begitu, terdapat seorang netizen yang meninggalkan komen dan menuduh jenama Rizman Ruzaini menciplak rekaan pereka fesyen lain.

“Cantik Datuk @ctdk. Dan tentu cantik rekaan @rizmanruzaini yang terkenal dengan design yang menciplak rekaan designer lain,” tulisnya.

Tidak melatah dengan dakwaan terbabit, Siti memberikan respon yang sangat positif dan menjernihkan keadaan.

“Memang saya beri design ni rujukan untuk Rizman Ruzaini buat sesuaikan dengan imej bertudung saya,” balas Siti.

Sebelum ini, menerusi laporan Media Hiburan, Siti mengakui dia mengambil inspirasi rekaan gaun tersebut dari seorang pereka di Lebanon.

“Apabila ditunjukkan konsep atau teaser majlis untuk malam ini, hati saya kata ‘wow’ dan mengapa tidak untuk lakukan ‘extra persiapan’.

“Jadi saya ada terlihat satu rekaan dari pereka antarabangsa, lalu saya hantarkannya pada Rizman Ruzaini.

“Kata saya ‘mampu ke?’… Rizman Ruzaini kata ‘boleh’. Jadi itulah, Rizman pun reka mengikut caranya,” kata Siti.


Dalam perkembangan lain, Siti kini giat mempromosikan single terbarunya, Anta Permana dan baru sahaja dilantik menjadi duta periuk tahan lekat jenama Vantage.

Jangan lupa untuk menonton Siti mempromosikan periuk Vantage di Astro Go Shop secara langsung pada 6 Januari 2019, jam 10 pagi hingga 12 tengah hari!

sumber:Astro gempak via gengjoyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*