Dato Seri Vida Kini Dalam Permerhatian Pihak Bank

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), operator di sebalik LaVida Coin dalam senarai waspada pengguna kewangan.

“Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan menyeluruh dan hanya menjadi garis panduan kepada orang awam berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM,” kata kenyataan itu menerusi laman webnya.

Senarai terkini mengandungi 423 syarikat.

Pada Isnin, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, pihaknya sedang mengkaji maklumat berkaitan dengan mata wang digital LaVida Coin bagi memastikan sama ada ia melanggar undang-undang sekuriti.

Dilaporkan pada minggu lalu bahawa usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmida Othman atau Datuk Seri Vida merancang untuk melancar mata wang digital LaVida Coin tersebut. – The Star

Nak tarik balik kejuaraan Aishah? Ini respon Astro yang membuatkan Dato’ Vida terdiam

PENGURUS saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menjelaskan penaja sesebuah program hiburan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan pemenang.

Emarina berkata, polisi itu turut digunapakai dalam pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4) yang menyaksikan Aishah diangkat sebagai juara.

“Pihak penaja termasuklah untuk GV4 tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memilih pemenang atau menarik balik keputusan.

“Penaja juga tidak boleh mempengaruhi keputusan rasmi yang telah dibuat kerana format penjurian adalah tertakluk seratus peratus pemarkahan oleh juri profesional.

“Segala keputusan rasmi juga telah dinilai dan disemak oleh badan audit bertauliah yang dilantik bagi memastikan proses penjurian dilakukan secara telus dan adil,” katanya kepada mStar Online.

Pada Rabu, penaja program GV4 iaitu Datuk Seri Vida (DSV) mencadangkan agar gelaran juara yang diberikan kepada Aishah ditarik balik.

Ia berikutan berlaku kontroversi selepas Aishah mendakwa barang kemas berupa batu permata yang diterimanya daripada Vida adalah palsu.

Selain barang kemas tersebut, dia turut membangkitkan hadiah berupa tanah lot banglo yang dijanjikan tetapi sehingga sekarang tiada perkembangan positif mengenainya.

Sementara itu, Emarina berkata kontroversi yang timbul itu hanya membabitkan Aishah dan Vida.

Malah, dalam hal ini Astro mengambil sikap berkecuali serta tidak memihak kepada mana-mana dan mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-kedua figura tersebut.

“Kontroversi tajaan ini hanya melibatkan dua pihak iaitu Datuk Vida dan Aishah. Kami harap mereka dapat selesaikan kemelut ini dengan penuh berhemah.

“Sebagai stesen penyiar kami berpendapat adalah tidak manis untuk kami berpihak kepada mana-mana individu yang terlibat dalam kontroversi ini.

“Untuk makluman hadiah barangan kemas itu adalah hadiah tambahan tajaan sepenuhnya oleh penaja dan tidak termaktub dalam perjanjian asal yang ditandatangani oleh DSV dan Astro,” katanya.

Dalam pada itu Aishah berkata disebabkan pendedahan kontroversi itu, dia berharap tidak dikenakan tindakan atau digam oleh Astro.

Katanya, apa yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak seni supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Sebelum ini, penyanyi lagu Janji Manismu ini mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas tersebut selain masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai GV4.

sumber : Mstar Online via Ohgebang.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*