Dah takda lelaki bujang dah ke sampai nak kacau suami orang Belum lepas pantang rumah tangga Elvina diuji

PELAKON Datin Elvina Mohamad yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 1 Disember lalu mendedahkan ada pihak ketiga cuba menganggu keharmonian rumah tangganya dengan Datuk Mohd Haniff Borhan.

Elvina turut mempersoalkan wanita itu yang menggangu suaminya selain dia memuat naik gambar individu itu di Instastory.

“Girl. Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang? Memang taste lelaki orang ke macam mana?,” tulisnya.

Elvina mendedahkan identiti wanita yang dipercayai menggangu rumah tangganya.

Menerusi hantaran status berbeza, Elvina secara sinikal turut memerli wanita itu yang disifatkan memang suka menjadi orang ketiga apabila bergambar dengan mural di dinding yang memperlihatkan pasangan kekasih membonceng basikal.

“Oh faham. Memang suka jadi orang ketiga,” katanya.

Elvina atau Norazlina Mohamad, 23, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2018/12/18/elvina/#c1aSZ0jS6FayceIQ.99

Elvina selamat bersalin bayi lelaki

PELAKON Datin Elvina Mohamad selamat bersalin anak pertama yang merupakan seorang bayi lelaki, di sebuah hospital swasta di Ampang, tengah hari tadi.

Menurut laporan sebuah akhbar, bayi yang dilahirkan normal dengan berat 2.9kg itu dinamakan Karl Mateen.

Difahamkan Elvina dimasukkan ke hospital pada hari Khamis dan dijangka bersalin pada Jumaat. Bagaimanapun pelakon yang mula dikenali menerusi drama Shhh.. I Love You ini selamat bersalin hari ini. Ibu dan anak kini dalam keadaan yang sihat walafiat dan dalam keadaan baik.

Difahamkan Elvina dimasukkan ke hospital pada hari Khamis dan dijangka bersalin pada Jumaat. Bagaimanapun pelakon yang mula dikenali menerusi drama Shhh.. I Love You ini selamat bersalin hari ini. Ibu dan anak kini dalam keadaan yang sihat walafiat dan dalam keadaan baik.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 23, mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, pada 18 Mac lalu.

sumber: Sinar via Gengjoyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*