‘Bukan Sebab Nyanyian Je, Tapi..’ – Individu Ini Beri Sebab Kenapa Kemenangan Wany Hasrita Logik

Kemenangan Wany Hasrita semalam ternyata mengejutkan industri Malaysia kerana mampu menandingi artis senior lain. Tak kurang juga ada mempertikaikan anugerah Bintang Paling Popular yang diterima Wany Hasrita.

Menerusi status Syahr Musafir II, beliau menganggap kemenangan ini adalah logik. Menurutnya, kemenangan penyanyi itu patut jadi muhasabah besar bagi masyarakat tentang hakikat sebenar dunia masa ini.

Logik dan tak patut dipertikaikan

Cerita Penuh

Ramai betul orang kecam Wany Hasrita. Tak layaklah, tak sesuailah, tak popularlah. Bla bla bla. Suara tak sedaplah, lagu tak berkualitilah, macam-macam…

Kemenangan Wany Hasrita sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular dalam ABPBH31 adalah sesuatu yang logik yang tak patut dipertikaikan.

Ingat dulu Dato’ Seri Siti Nurhaliza #DatoCT menang kali pertama pada 1996, cuba fikir adakah kemenangan DatoCT bergantung sepenuhnya kepada lagunya? Nyanyiannya? Jika kita flashback, kita akan perasan satu lagu DatoCT bertajuk Jerat Percintaan adalah lagu yang cukup popular apabila memenangi Anugerah Juara Lagu. Tetapi secara jujurnya bukan nyanyian dan lagu sahaja yang melonjakkan nama DatoCT untuk menang Bintang Paling Popular. Tetapi kesopanannya, sifat innocence yang dimiliki DatoCT, berbudi-bahasa, tak suka bergambar dengan lelaki, paras rupa ayu dan lembut, rendah diri dan sebagainya, semua ini bercantum elok, rapi dan sebati yang menjadikan DatoCT meraikan kemenangan sebagai bintang paling popular. Bukan sebab lagu je, bukan sebab nyanyiannya saja. Dalam banyak faktor ini, semuanya ada pada Wany Hasrita. Jika DatoCT ada populariti Jerat Percintaan, Wany ada populariti Menahan Rindu.

Kemenangan Wany patut jadi muhasabah besar bagi masyarakat tentang hakikat sebenar dunia masa ini – internet, online dan media sosial.

Pertama; Bayangkan dulu, nak undi, kena beli surat khabar, isi borang, masukkan ke envelope dan poskan ke pihak Berita Harian. Berapa banyak orang saja yang rajin nak buat semua ini? Tak ramai. Bayangkan DatoCT menang, Rosyam Nor, Saiful Apek dan pemenang-pemenang lain can hardly dapat undian 100ribu sebagai pemenang anugerah paling popular. Tetapi Wany dapat undian lebih 2juta. Just imagine, gara-gara undian secara online melonjakkan bilangan undian sampai sebegitu sekali. Tak terbayang dek akal. Undi di hujung jari saja. Sambil tengok Facebook boleh klik undi. Dunia online…

Kedua; Wany bukan artis berpengalaman macam ramai-ramai artis lain yang lebih berstruktur. Tetapi Wany ini orang muda. Netizen kita, masyarakat kita, yang hidup dengan dunia online, majoritinya adalah remaja, orang muda dan belia. Orang muda yang bermedia sosial, follow hiburan, tahu pasal artis, ambil tahu pasal OOTD, pasal gosip, bla bla bla. Orang muda remaja ini yang mendominasi. Sudah tentu mereka undi artis yang satu zaman dengan mereka. DatoCT dah macam level ibu bagi mereka, takkan mereka nak undi DatoCT? Fattah Amin dah jadi level abang yang dah kahwin dan beranak-pinak, Fazura juga kakak yang sudah nikah, sudah pasti netizen undi artis single dan muda macam mereka juga, Wany boleh jadi pilihan. Dominasi anak-anak muda ini sama seperti dalam situasi politik Malaysia juga, kerana kuasa anak mudalah Malaysia bertukar kerajaan. Boleh faham maksudnya? Jangan pandang rendah pada ‘kuasa anak muda’ yang memilih apa yang mereka mahu.

Ketiga; Kemenangan Wany memberi tamparan kepada tanggungjawab ibu bapa, guru, abang kakak dan para pendidik, termasuklah masyarakat secara umum, untuk membentuk anak-anak muda yang kita nak. Jika kita, orang dewasa, rasa pertimbangan golongan remaja ini tak wajar kerana undi Wany sehingga menang ABPBH31, pertimbangan sebeginilah yang akan berterusan jika kita tak buat apa-apa. Bukan suruh kita semua undi, tetapi supaya didik golongan remaja dan anak muda supaya lebih matang macam orang dewasa yang kononnya lebih mementingkan kualiti (betul ke?).

Saya terkejut dengan kemenangan Wany tetapi saya tak kisah, tak komplen dan tak pertikaikan. Bahkan saya syukur, nasib baik Wany Hasrita yang menang, bukan Fathia Latiff, Zarina Anjoulie atau Ismail Izzani yang berkali-kali tular, viral dan cukup popular dengan kontroversi pelik-pelik. Just imagine budak-budak muda yang mendominasi dunia online dan undian, kalau mereka undi artis-artis sebegini, akan jadi lebih merisaukan. Boleh faham maksudnya?

Dari satu sudut, syukurlah Wany Hasrita yang sopan, tutup aurat, berpendidikan tinggi (ada Bachelor Degree), tiada gosip pelik-pelik, ada lagu hit (tak kisahlah berapa pun), ada watak keMelayuan (boleh nyanyi lagu rentak Irama Malaysia), ini yang menang. Bukan artis yang seksi, kaki kelab malam, kaki minum, hisap rokok dan seumpamanya yang menang. Saya gembira Fattah Amin menang sebelum ini, sebab Fattah orang baik. Lebih baik Fattah daripada artis lelaki yang kaki kelab malam. Faham maksud saya?

Jika mahu artis berkualiti yang menang, didiklah para netizen yang didominasi oleh anak-anak muda supaya jadi manusia berkualiti, jadi netizen berkualiti. Jika golongan anak muda yang baca tulisan saya ini, ambillah pesanan saya supaya anda didik diri sendiri jadi netizen yang bagus, masyarakat yang matang dan berdaya saing. Jangan menghadap Facebook, Instagram dan media sosial saja, tetapi gunakan media sosial untuk naikkan potensi diri, cari ilmu, cambahkan cara fikir yang solid jati diri agama dan sebagainya. Jangan jadi netizen bodoh-bodoh, jangan jadi pengguna media sosial yang tak berilmu. Sebaiknya jadi pengguna media sosial yang menggunakan media sosial untuk dapat keberkatan akhirat. Ibu bapa wajib pantau anak-anak buat apa dalam media sosial, sekurang-kurangnya setiap hari. Jangan jadikan sibuk kerja sebagai alasan, ini baru betul.

Sebab itulah jangan pelik cikgu-cikgu jadi aktif di media sosial, para pensyarah, doktor-doktor dan para professional lain termasuk ustaz-ustazah turut aktif di media sosial. Nak capai golongan muda ni…

Saya ucapkan tahniah buat Wany Hasrita, you have won, I wish you a better life. Jadilah artis yang lebih menjaga peribadi, perilaku dan semuanya, jadilah artis berperwatakan seperti Khabib yang meletakkan Islam sebagai No 1, sukan sebagai No 2, moga Wany letakkan agama Islam di tempat No 1. You go, girl!

Silakan #SHARE. Diizinkan 100%.

Dr Syahr Musafir II
cc Pn Rahimah AR Zawjah
08/10/2018 #ABPBH31 #WanyHasrita #FattahAmin #FattZura #Artis

Akaun “Syahr Musafir” telah dihapuskan oleh Facebook. Akaun Syahr Musafir II ini adalah akaun baru Dr Syahr Musafir. Boleh follow ramai-ramai. Terima kasih.

Posted by Mia Kacang on Monday, October 8, 2018

Sumber : Syahr Musafir II via OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*